’Buat Hal Lah Kau Karim!’, Nabila Huda Kongsi Pengalaman Lucu

Niat mahu bertanya tentang pendaftaran talian internet akhirnya bertukar lucu pula apabila pegawai bertugas itu mahu berkenalan!

Hal ini dikongsi oleh pelakon Nabila Huda baru-baru ini apabila dia memuatnaik perbualan lucu selepas pegawai bertugas itu meluahkan hasrat berkenalan dengannya.

“Orang nak daftar internet. Dia nak kenal-kenal pula. Karim… Karim… (nama jejaka terbabit seperti didakwa) Buat hal lah kau Karim! Dia ingat aku ni ‘dak-dak’ (budak) WeChat ke? Hahaha…” selorohnya.

Pada awalnya, Nabila mahu bertanya mengenai pendaftaran internet, namun khidmat pengendali itu tidak ditawarkan di lokasi kediamannya.

Tidak lama kemudian, individu yang memperkenalkan diri sebagai Karim dan berasal dari Syria itu bertanya mengenai jumlah pengikut Nabila yang ramai. Dia kemudian menyatakan hasrat mahu mengenali Nabila dengan lebih mendalam.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen, menganggap individu terbabit lucu. Malah, ada yang beranggapan lelaki berkenaan penipu. 

SGMS Faida