Cantiknya Sasqia Dahuri Di Majlis Resepsi…

Pelakon Sasqia Dahuri yang kini bergelar isteri kepada usahawan hartanah Singapura, Muhammad Asyraff Khan Baharudin Khan melangsungkan majlis resepsi, baru-baru ini.

Pasangan yang bernikah pada 16 Disember lalu diraikan dalam dua buah majlis di Kuala Lumpur dan Singapura.

Difahamkan, pelakon Misteri Wan Peah ini mengadakan majlis resepsi di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur dan Park Avenue Changi, Singapura.

Pelakon berusia 33 tahun ini turut berkongsi saat bahagianya di Instagram, memang cantik betul!

Pasangan ini pada awalnya merancang untuk berbulan madu di London pada Januari depan, namun terpaksa menangguhkan seketika perancangan tersebut kerana Sasqia bakal terlibat dengan aktitiviti promosi filem terbaharunya, Misteri Delaila, bersama-sama barisan pelakon lain seperti Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Datuk Rosyam Nor dan lain-lain.

SGMS Faida