Cantiknya! Segak Berpakaian Serba Putih, Zara Zya Kongsi Momen Majlis Merisik?

Pelakon Zara Zya meraih perhatian peminat semenjak desas-desus mengenai dirinya bakal mengakhiri zaman bujang menjadi bualan ramai.

Terbaharu, pelakon itu telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan suasana sebuah majlis merisik menerusi hantaran di Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, Zara kelihatan cantik mengenakan pakaian serba putih dan turut berkongsi klip hantaran dan jarinya disarungkan cincin.

Sebelum ini, Zara enggan memberikan sebarang penjelasan mengenai perkara tersebut namun meminta orang ramai untuk mendoakan yang baik-baik buatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Foto Merisik, Zara Zya Pilih Kunci Mulut – “Belum Waktunya Lagi”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa teruja dan mengucapkan tahniah kepada pelakon itu.

Tidak dapat dipastikan sama ada hantaran tersebut merupakan majlis istimewa Zara atau ia hanya sekadar sedutan drama atau gimik pelancaran produk.

Usaha XTRA untuk menghubungi Zara gagal selepas pelakon Love You Mr Arrogant itu tidak menjawab panggilan telefon.

Fatin Nurain