Featured By: Salma Syahbuddin July 17, 2023 @ 3:50pm

Cantiknya! Wajah Dikatakan Seiras, Puteri Ameerah Bikin Ramai Terpegun- “Memang Sebijik Muka Ibunya”

Sejak kebelakangan ini tular beberapa video pendek di laman sosial dan juga foto milik anak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Kehadiran remaja berusia 15 tahun itu dikhalayak umum mencuri tumpuan ketika hadir pada sebuah acara Charity Polo 2023 baru-baru ini.

“Princess Ameerah at the Charity Polo 2023,” tulis pada kapsyen berkenaan.

Lebih mencuri tumpuan adalah, raut wajah Puteri Ameerah dikatakan persis wajah ibunya yang juga bekas wartawan penyiaran TV3, Azrinaz Mazhar Hakim.

 

Tidak terkejut dengan berita tersebut, Azrinaz kelihatan memuat naik sebuah video pendek gabungan foto anakandanya di Instagram miliknya.

“Your pictures been viral these few days,” katanya.

Malah, bekas penerima anugerah Wartawan Harapan 2003 itu sempat memuji kecantikan dan keanggunan Puteri Ameerah.

“Naturally, ramai yang DM’s dan tag saya. Ramai yang kata wajah kita seiras.

“Kecantikan dan keanggunaan awak cukup mempesonakan. Semoga diberkati,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naz Mazhar (@azrinazmazharhakim)

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dan mengaku bahawa  wajah Puteri Ameerah dan Azrinaz sememangnya seiras apatah lagi remja itu kian meningkat dewasa.

“Masya-Allah, very pretty, makin ikut muka Inaz.

“Cantik sangat! She looks exactly like you. That regal look.

“Memang sama, sebijik!

“So pretty! Like her mom.

“Beautiful young lady. Matanya memang ikut Mamanya,” komen netizen.

Sekadar info, Azrinaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Sultan Brunei pada 20 Ogos 2005 sebelum kedua-duanya mengambil keputusan untuk berpisah pada 2010.

Hasil perkahwinan tersebut, Azrinaz dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu, Pengiran Muda Abdul Wakeel,17, dan Puteri Ameerah, 15.

Namun, pada 1 Mei 2018, Azrinaz mendirikan rumah tangga bersama Feroz Khan Abdul Hamid danhasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Areesya Malaykha, 4 dan Atheera Medinah, 2.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 1 Jun 2019

Nak Balik Kampung Siapa Dulu? 5 Tips Hari Raya Buat Pasangan Baru Kahwin

Sebelum korang gaduh siapa nak balik kampung siapa, jom kita tengok 5 tips hari raya buat pasangan yang baru kahwin!

Featured Wed, 9 May 2018

Periuk Nasi Tempat Bersemadinya Cicak. Biar Betul?

Periuk nasi jadi kubur buat cicak. Gelinya!

Trending Hari Ini Mon, 27 Apr 2020
Trending Wed, 11 Sep 2019

“Abang Posmen Atlet Lontar Peluru Kot?”

Apa kes wei posmen dengan atlet lontar peluru?

Trending Tue, 24 Apr 2018

Cedera Terkena Bom, Askar Jadi Penerima Pertama Pemindahan Zakar

Pesakit berkenaan memberitahu, kecederaan yang dialaminya itu sangat mengejutkan dan sukar diterima.

Hiburan Sat, 16 Feb 2019

‘Hilang Mana Dah Semangat…’- Sharnaaz Ahmad Beri Bayangan Masih Bersedih

Umum tahu, pelakon drama Cinta Bukan Kristal ini merupakan seorang yang suka bergurau dan sentiasa ceria orangnya. 

Eat Travel Sun, 26 Apr 2020