Cari Calon Sesuai, Aiman Tino Dah Sedia Bercinta!

Penyanyi Aiman Tino mengaku dalam fasa mencari kekasih hati namun tidaklah pada tahap ‘terdesak’.

Ini selepas melihat kakaknya, penyanyi Fara Hazel melangsungkan pertunangan baru-baru ini, Aiman tergerak hati untuk mencari pasangan yang memahami dirinya.

“Bila tengok kakak bertunang, bahagia dengan pasangan, saya pun terfikir seronok juga kalau ada kekasih. Boleh juga bersembang bila habis kerja dan berkongsi cerita. Pendek kata, ada juga wanita yang ambil berat tentang saya selain ibu dan kakak sendiri. 

“Saya ada juga dalam proses kenal-kenal tetapi belum sampai tahap bercinta. Cuma kalau jumpa yang faham dengan diri saya dan bukan mahu mendampingi saya sebab status selebriti, saya sedia bercinta,” katanya kepada Xtra.

Kakak kepada Aiman, Fara Hazel bertunang dengan usahawan kelahiran Terengganu, Tengku Mohammad Kamal Hishamudin pada 6 Julai lalu namun baru sahaja mengumumkan kepada media, bulan lalu.

Penyanyi berusia 23 tahun ini memberitahu dia lebih selesa untuk tidak berkongsi awal kerana bimbang dengan dugaan bertunang.

“Sebagai adik sudah tentu saya gembira lihat kakak sudah temui lelaki yang boleh menjaganya. Saya juga berharap dapat bertemu dengan wanita yang ikhlas berkawan dengan saya,” katanya tersenyum.

Sementara itu, Aiman bakal menjayakan persembahan amal Permata Kasih Untukmu pada 7 Disember depan bertempat di BMC Mall, Cheras bagi memungut dana membantu adik Akif yang kini menghidap kanser Leukimia.

SGMS Faida