Categories: HiburanSelebriti

Cempedak Punya Pasal, Umie Aida Dikejarkan Ke Hospital

Pelakon Datin Seri Umie Aida mengejutkan netizen di Instagram apabila memuatnaik sebuah video menunjukkan beliau diserang angin ke ulu hati selepas menikmati cempedak di rumah.

Menurut pelakon filem Embun ini, Umie bersyukur kerana suaminya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ada di rumah ketika itu.

“Sumpah tak nak makan cempedak lagi. Subhanallah, sakitnya sampai tak boleh nafas. Bila tiba di hospital dan diperiksa doktor, jururawat nak suntik, sakit itu terus hilang.

“ Alhamdulillah, saya sudah sihat. Selamat tinggal Cempedak,” katanya.

Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali dikejarkan ke hospital selepas dilaporkan tidak boleh bernafas.

Terdahulu, video berdurasi 17 saat yang dimuat naik Umie di Instagram memaparkan suaminya menggendong turun dari tangga masuk ke dalam kereta tular di media sosial.

Video itu sehingga kini mendapat tontonan hampir 159,000 tontonan.

SGMS Faida