Cewah…Sama Cantik Sama Padan Kak Limah Atas Pelamin!

Amat garang datuk bentara,

Musuh melanggar habis dibenam,

Dulu Kak Limah seorang kini berdua,

Hidup bersama Susah dan senang.

Akhirnya, pelakon yang popular menerusi watak Hantu Kak Limah naik ke pelamin bersama jejaka pilihannya, Mr K atau Khuda.

Delimawati dan pasangan diraikan di Art Hall, Pusat Perlancongan Malaysia (Matic), Kuala Lumpur, sebentar tadi. Memang meriah habis!

Tak lengkap majis persandingan kedua mempelai tanpa acara merenjis. Berseri-seri Kak Limah di atas pelamin kan? Hehe

Acara diteruskan dengan sesi memotong kek.

Untuk pengetahuan semua, semalam telah diadakan majlis berinai bertemakan ala Bollywood.

Tetapi, ini semua adalah GIMIK pelancaran bagi filem terbaru arahan pengarah terkenal Mamat Khalid iaitu Hantu Kak Limah yang bakal ditayangkan pada 9 Ogos 2018.

Filem bergenre komedi seram ini masih mengekalkan barisan pelakon lama iaitu Datuk Awie sebagai Husin. Manakala barisan pelakon lain yang sama-sama membintangi naskah ini dibarisi Zul Ariffin, Ropie, Cecupak, Uqasha Senrose, Mus May, Allahyarham Rab Khalid, pekin Ibrahim, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz, Sabri Yunus dan ramai lagi. Istimewanya, turut ditampilkan cameo dari figura popular tanah air, Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.

Sebelum ini, Mamat Khalid tidak asing lagi dengan naskah trilogi Kampung Pisang iaitu filem Zombie Kampung Pisang (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Husin Mon Jin Pakai Toncit (2013).

Kami doakan filem Hantu Kak Limah ini bakal mengulangi kejayaan file mini apabila berjaya mengutip RM 8.9 juta pada tahun 2010. 

Filem berdurasi satu jam 40 minit yang telah menjalani penggambaran selama 22 hari di Taiping, Perak bermula 19 Oktober tahun lalu bakal diklasifikasikan di bawah kategori P13. Jangan lupa ke pawagam ok, gerenti kelakar habis!

SGMS Faida