Categories: Eat Travel

Inginkan Pencuci Mulut Yang Sihat? Jom Cuba 4 Resipi Frozen Yogurt Buah-Buahan Ini

Lepas makan, tak syok kalau anda tak lengkapkan meal anda dengan pencuci mulut. Salah satu pilihan adalah ais krim yang pasti buat anda terliur.

Walau bagaimanapun, anda mesti tahu yang ais krim itu kadangkala bukanlah pilihan yang sesuai jika anda ingin jaga badan. Yalah, kebanyakan jenis ais krim yang dijual mesti mengandungi banyak gula.

Tak apa! Daripada makan ais krim, apa kata anda makan saja frozen yogurt? Teksturnya sama saja, cuma ia diperbuat daripada yogurt yang telah dibekukan.

Ramuan asas yang anda perlukan adalah Greek yogurt yang anda boleh dapati di pasaraya. Tapi kalau makan yogurt begitu saja, mungkin tak menyelerakan untuk sesetengah orang. No problem, tambahkan saja buah-buahan atau ramuan lain yang anda suka.

Contohnya, kalau anda suka buah strawberi dan pisang, blend kedua-duanya dengan sejumlah yogurt, dan kemudian bekukan di dalam freezer. Nanti ia jadilah pencuci mulut yang sihat!

Mudah saja, kan? Jom cuba 4 resipi ringkas seperti yang ditunjukkan di dalam video di bawah.

Sumber: DIY Hacks

Ad Ops