Che Ta Bengang Dikata Playsafe, Sampai Terkeluar Perkataan B**i

Semalam seluruh rakyat Malaysia menyaksikan upacara angkat sumpah Perdana Menteri ketujuh Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas Pakatan Harapan berjaya memenangi majoriti kerusi parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-14, Rabu lalu.

Selebriti tempatan juga tidak ketinggalan berkongsikan perasaan teruja dan gembira mereka dengan tertubuhnya kerajaan baharu di bawah tampuk pemerintahan bekas perdana menteri keempat tersebut.

Pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta turut memuat naik gambarnya dengan Tun M sebagai berkongsi perasaan terujanya dengan pelantikan Tun M. Namun seperti biasa selebriti tidak dapat lari daripada komen-komen negatif apabila foto yang dimuat naik itu menerima kritikan netizen.

Netizen tersebut mendakwa Che Ta hanya playsafe dan hanya menunjukkan sokongannya terhadap Tun M hanya selepas pemimpin itu dan partinya berjaya dalam PRU14.

Bengang dilabel sedemikian, Che Ta kemudian membalas komen tersebut dengan sedikit kasar sehingga terkeluar perkataan kurang manis

SGMS Enal