Hiburan By: Fatin Nurain September 21, 2023 @ 10:25am

Che Ta Buntu Akaun Instagram Digantung

Pelakon dan usahawan popular, Rozita Che Wan kecewa dan bingung apabila akaun Instagram (IG) @rozitachewan1 digantung.

Menurut Rozita atau lebih mesra disapa, Che Ta akaunnya digantung atas alasan kononnya melakukan aktiviti agresif serta tidak mengikuti garis panduan komuniti ditetapkan sejak 15 September lalu.

Malah, pihak IG turut mengirim emel kepadanya untuk mengambil tindakan segera termasuk memintanya melakukan rayuan jika tidak mahu kehilangan akaun berkenaan.

Che Ta bagaimanapun menyatakan dia diberi tempoh masa hingga 13 Mac 2024 untuk melakukan rayuan.

“Sejak akaun digantung, saya sudah melakukan banyak kali rayuan. Namun belum berhasil.

“Malah saya juga sudah beberapa kali menghubungi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meminta pertolongan. Tapi kecewa tak pernah berangkat,” katanya.

Dalam pada itu, Che Ta turut menyatakan dia hampir buntu mengenangkan nasib dan ujian yang hadir kerana IG merupakan antara platform dirinya menjana pendapatan.

“Selama ini dengan IG jugalah saya menjana pendapatan dan beroleh rezeki menjual produk keluaran sendiri, by RCW.

“Saya juga melakukan ulasan promosi produk di platform sama.

“Tapi sudah jadi begini, siapa yang tak sedih. Kini buat sementera waktu, saya guna platform media sosial lain seperti TikTok,” jelasnya.

Che Ta yang terkenal menerusi watak Kiah Pekasam menyatakan dia tidak putus harap berdoa semoga dapat kembali memiliki akaun IG berkenaan sehingga kini.

“Tak mampu bayangkan jika akaun IG itu ‘lesap’ begitu saja. Sehingga kini IG saya sudah mempunyai 5.2 juta pengikut.

“Dari kerendahan hati dan diri, saya berharap akaun IG itu akan saya perolehi semula.

“Kalau ada pihak yang boleh membantu saya mendapatkan semula akaun IG itu, saya amat hargai. Mungkin mereka boleh hubungi kawan saya atau menghantar mesej langsung ke akaun IG anak, suami atau teman rapat saya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 31 May 2018

山脚下男孩成军25周年915开唱「自嘲男孩变大叔」

成军25周年的山脚下男孩,终决定在9月15日举办山脚下男孩25周年《都有你在》演唱会!盼歌迷能带着小孩一起来集体回忆经典曲目,并且还会演唱全新曲目,一起「吸粉」新生代!

Hiburan Wed, 28 Jun 2023
Featured Tue, 15 Aug 2023

“Saya Masih Tak Selesa Dipanggil YB”- Altimet ‘Janji’ Kebajikan Masyarakat Akan Terus Diperjuangkan

Apapun kita doakan moga perjuangan dan harapan Altimet tercapai👊👊👊

Hiburan Wed, 5 Apr 2023
Hiburan Mon, 4 Jun 2018

Siti Nurhaliza Bukan Pilih Kasih!

Memilih Khai Bahar sebagai rakan duet kerana merasakan suara penyanyi lagu Bayang itu paling bersesuaian untuk menyanyikan lagu berentak zikir. 

Featured Thu, 3 Nov 2022

“Hidup Ni Kalau Happy Sangat Pun Tak Best” – Bicara Comel Mika Sentuh Hati Warganet

Pempengaruh cilik Mika yang menggunakan akaun Mika dan Daddy di laman TikTok sentiasa berjaya meraih perhatian netizen kerana menghasilkan ‘content’ yang dapat menyuntik semangat netizen. @mika_and_daddy Dalam hidup ni perlu ada turun naik. Baru la […]