Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 15, 2023 @ 11:39am

“Saya Masih Tak Selesa Dipanggil YB”- Altimet ‘Janji’ Kebajikan Masyarakat Akan Terus Diperjuangkan

Penyanyi rap dan komposer terkenal, Altimet mengaku tidak selesa jika dipanggil Yang Berhormat (YB) selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi kawasan Lembah Jaya pada Sabtu lalu.

Katanya, ada lebih banyak ujian yang bakal dihadapi kelak dan dia risau akan ‘tersimpang’  sekaligus berharap agar orang ramai sentiasa mendoakan perjalanannya untuk melaksanakan beberapa manifesto.

“Saya masih tidak selesa lagi dipanggil YB. Apapun, terima kasih atas segala sokongan diberikan. Mohon doakan saya. Banyak ujian di hadapan akan saya lalui dan saya risau tersimpang.

“Sebagai pekerja masyarakat, saya akan sentiasa berusaha dengan segala kudrat yang ada dan akan bersama-sama dengan masyarakat dalam memastikan kebajikan akan terus diperjuangkan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:PRN: Rangkul Gelaran YB Lembah Jaya, Altimet Solat Subuh Berjemaah Bersama Rakyat – “Majlis Agama Antara Kaedah Terbaik”

ARTIKEL BERKAITAN:PRN: Afdlin Shauki Pilih Altimet Teraju Kawasan Lembah Jaya

ARTIKEL BERKAITAN:Altimet Bertanding PRN Selangor, Mahu Berkhidmat Untuk Penduduk Ampang – “Menang Atau Tak…”

Memetik laporan Harian Metro, pemilik nama Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 45, berjanji akan lebih proakif dalam mengangkat tradisi dan adat resam serta mewujudkan daya saing dalam kalangan anak muda supaya berdaya saing dalam era teknologi maklumat.

“Saya akan menggembleng tenaga muda untuk sentiasa proaktif dan mampu berdaya saing dalam era teknologi maklumat dengan melihat peluang serta potensi yang ada dan membimbing mereka membetuk karier yang betul.

“Dan sentiasa menyanjung adat resam dan amalan budaya asal dikalangan masyarakat tempatan bagi memastikan amalan ini terus segar dari generasi ke generasi dan sebagai sejarah kita,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai pendapatnya tentang sesetengah masyarakat yang memandang sinis golongan selebriti yang terlibat dalam politik dan menjadi wakil rakyat, Altimet bagaimanapun mahu membuktikan persepsi tersebut.

“Tiba masa saya buktikan sebaliknya dengan cara kerja yang akan dilaksanakan,” ujarnya.

Sekadar info, Altimet yang popular menerusi lagu Amboi ini sudah menamatkan karier seninya sejak tahun 2019 lagi.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 4 Jan 2018

深夜客厅看电视 抬头惊见「长发人头」

人吓人吓死人!但如果不是人……日前台湾一名林氏网民在社交网站群组《爆废公社》发文,指照片是朋友传给他的,并且对方说自己“不敢睡了!”

Hiburan Sat, 25 Nov 2017

Majlis Pertunangan Fattah Amin, Fazura

Yang tak sabar akhirnya datang jua, berita gembira tentang pertunangan berdua ini menjadi perhatian orang ramai terutama peminat setia

Featured Sat, 31 Jan 2026

“Tak Payah Timbulkan Lagi Isu Suami Kaya Atau Kayap, Kita Semua Sama Je” – Anzalna Nasir

Anzalna tidak terasa hati dan bersikap terbuka mengenai isu tular tersebut.

Featured Mon, 3 May 2021

Bayaran i-Sinar Dibuat Pada Hari Isnin Sehingga 11 Mei

Umum maklum, sejak kerajaan memperkenalkan i-Sinar, isu ini sering menjadi tumpuan utama rakyat. Terbaru, Kumpulan Wan Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan pembayaran bagi permohonan i-Sinar pada bulan ini akan dibuat pada Isnin sehingga 11 Mei ini. […]

Hiburan Fri, 9 Mar 2018

Blue Tick punya pasal, hubungan UNIC- Caprice dingin?

Caprice menafikan hal itu dan memberitahu ada 999 mesej lain yang masih belum dibuka.

Featured Tue, 29 Nov 2022
Hiburan Thu, 12 Sep 2024
Featured Mon, 11 Mar 2019
error: Content is protected !!