Che Ta Tak Ambil Mudah, Jaga Badan Walaupun Sudah 6 Tahun Berkahwin

Meriah sungguh majlis meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-6 pasangan pelakon jelita dan tampan, Rozita Che Wan dan suami, Zain Saidin yang diadakan di Royale Palace, Shah Alam pada 11 Disember lalu. 

Baca: Tak Puas Bersanding, Che Ta dan Zain Naik Pelamin Lagi?

Rozita atau lebih mesra membahasakan dirinya Che Ta, kelihatan sungguh anggun memakai dua persalinan gaun pada majlisnya umpama sedang pertama kali bersanding.

Che Ta mengakui amat menjaga penampilan diri walaupun sudah berkahwin selama enam tahun dan menggesa semua wanita untuk sentiasa berhias untuk suami.

 “Muka tersipu-sipu malu bila tahu pengantin lelaki dalam perjalanan.  Tapi betul, walaupun dah 6 tahun kahwin, perasaan malu dengan suami tetap kena ada..tu yang dok pulun berbengkong jaga badan.

“Kadang kita ni nama kata dah berlaki dah tak jaga penampilan. Dah kena cerai baru lah nak menggelupur cari salon, telan ubat kurus, lumur losyen..

“Apa-apapun kena maintain uols,”luah Che Ta dalam kapsyen entri instagramnya. 

Che Ta dan Zain mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia 5 tahun bernama Aaisyah Dhia Rana. 

Melalui perkahwinan pertamanya, Che Ta mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezra. 

Kredit Foto: Instagram @rozitachewan1

Del14