Chelsea Islan Jalin Hubungan Cinta Dengan Siapa Tu?

Pelakon cantik Indonesia iaitu, Chelsea Islan dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan cinta bersama seorang usahawan muda!

Spekulasi peminat mengenai hubungan cinta Chelsea bersama kekasihnya itu akhirnya terjawab apabila sebuah foto yang menunjukkan Chelsea bersama seorang lelaki telah dimuat naik menerusi akaun Instagram milik lelaki tersebut bersama kapsyen romantis.

 

Hubungan cinta Chelsey Islan bersama kekasih barunya yang juga seorang usahawan muda turut mendapat restu dari keluarga Chelsey sendiri. Malah, ibu kepada Chelsey sempat meninggalkan komen di ruangan Instagram anaknya.

“Teruskan dengan hubungan ini. Saya tahu untuk menjaga hubungan tidak semudah yang disangka namun percayalah kesabaran akan mendatangkan hasil,” tulisnya.

Sebelum ini, aktres yang meningkat naik dengan filem Ayat-Ayat Cinta 2 ini tidak pernah memuat naik gambar mesra dirinya bersama kekasih  di laman Instagram, namun kini beliau dilihat memilih untuk bersikap terbuka mengenai hubungan cinta mereka.

Terdahulu, Chelsea pernah menjalinkan hubungan cinta bersama seorang pelakon, iaitu Daffa Wardhana namun hubungan mereka hanya bertahan selama setahun.

Kami di xtra mendoakan semoga hubungan baru  ini kekal ke jinjang pelamin ya!

Syafiqa Irdina