Chow Yun Fat terkenal dengan gaya hidupnya yang sederhana dan seorang yang berjimat.
Siapa sangka bintang antarabangsa bernilai HK$5.6 Billion (RM2.97 juta) ini hanya membelanjakan sebanyak RM424 sahaja sebulan.
Menurut isterinya, Jasmine Tan, suaminya itu lebih gemar makan makanan di gerai di tepi jalan dan jarang membeli barang baru.
Isterinya juga mendedahkan, Chow masih lagi menggunakan telefon bimbit Nokia yang dipakainya sejak 17 tahun lalu dan hanya akan menukar telefon baharu jika telefon lamanya sudah rosak.
Bintang popular itu juga sering dilihat menggunakan pengangkutan awam dengan berpakaian biasa.
Baju t-shirt yang sering dipakainya berharga HK$111 (RM58) bersama selipar sandal berharga HK$17 (RM9).
Beliau berkata, pakaian sekadar untuk keselesaan dan tidak perlu menunjuk-nunjuk
Chow yang tidak mempunyai cahaya mata untuk mewarisi kekayaannya memberitahu, apabila beliau tiada suatu hari nanti seluruh hartanya akan didermakan ke badan kebajikan.
Alamak, sabar la ya Ruhainies
Ha pedas dan padu pesanan Che Ta!
Semoga baik-baik saja
Alamak! Betul ke ghost account?
cabaran bergelar bapa diusia muda