Featured By: Salma Syahbuddin March 14, 2023 @ 7:50pm

Cipta Kelainan, Mierul Aiman Kini Berlakon Komedi – “Peluang Untuk Saya Eksplorasi Perkara Baru Dalam Karier”

Menjadi kegilaan ramai anak gadis sejak kemunculannya dalam drama bersiri popular Projek: High Council, nama Mierul Aiman kini sudah tidak asing lagi dalam industri lakonan tanah air.

Malah, lakonannya yang mantap dan bakat yang ada pada diri anak muda berusia 25 tahun ini membuka ruang dan peluang untuknya menerima beberapa tawaran lakonan.

Memetik laporan mStar, Mierul atau nama penuhnya, Muhammad Amirul Aiman Norazman berkata, drama terbaharu lakonannya bersama Mira Filzah, Hun Haqeem dan Qasrina Karim, Yassin dan Yasmin Hani itu bagaimanpun amat berbeza dengan watak Fahri dalam drama bersiri popular tersebut.

“Saya bakal muncul dengan watak komedi lakonan bersama Mira Filzah, Hun Haqeem dan Qasrina Karim.

“Bila diberi peluang bawa watak komedi ni, saya anggap ini adalah peluang saya untuk mengeksplorasi perkara baru dalam karier lakonan sekaligus lari dari watak Fakhri,” katanya.

Menyifatkan dirinya amat bertuah kerana dapat menimba ilmu dari pelakon senior, Mierul menyifatkan ini adalah peluang untuknya menggali karakter sebagai seorang pelakon yang versatile.

“Saya kena berada pada tahap tertinggi sebagai seorang pelakon, malah banyak belajar meneroka watak di set dan belajar dengan pengarah serta pelakon lain.

“Abang Yassin yang banyak ajar saya untuk bawakan watak komedi. Banyak pengalaman saya dapat untuk menghidupkan watak ini,” jelasnya.

Terdahulu, jumlah pengikut Instagram (IG)Mierul menyaksikan peningkatan yang mendadak  sehingga mencecah lebih ratusan ribu sejak drama lakonannya ditayangkan.

ARTIKEL BERKAITAN:Followers Kini Cecah Ratusan Ribu, Mierul Aiman Hargai Sokongan Peminat – “Buat Masa Sekarang Saya Tak Pernah Kena Kacau…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Sanggup Selam Dalam Tasik Demi Dekati Awak”- Ubah Gaya Rambut, Penampilan Amir Ahnaf Bikin Peminat Cair

 

Sumber: Instagram, mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 22 Nov 2021

“Kita Tak Boleh Jadi Pelakon Hebat Dalam Masa 7 Hari” – Fauziah Ahmad Daud

Pelakon tersohor Fauziah Ahmad Daud atau Ogy, 59, berharap generasi pelapis dalam dunia hiburan mempunyai sikap menghormati ilmu untuk sekiranya mahu bergelar bintang seni yang mempunyai kualiti. Bakal mengeluarkan buku berjudul Mencari Noriah pada Januari

Trending Fri, 20 Mar 2020

“Ia Mimpi Ngeri Buat Saya” Pesakit Ini Kongsi Pengalaman Menderita Positif Covid-19

Semoga rakyat Malaysia jadikan iktibar atas apa yang dilalui oleh pesakit ini . #dudukrumah

Hiburan Wed, 15 Jan 2020

Dato Hattan Sarankan Puteri Balqis Berubat Kampung

Beberapa hari ini, kisah pelakon cilik berbakat besar Puteri Balqis menjadi perhatian ramai. Tiada siapa menyangka, Balqis kini berdepan dengan kesempitan hidup dan terpaksa menjual buku puisinya untuk menyara kehidupan. Kisahnya itu mendapat perhatian selebriti lain yang

Featured Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] “Video Dia Setahun Sekali, Kena Tunggu Tahun Depan” – Ramai Tertunggu-Tunggu Kemunculan Mira Filzah Di TikTok

Pelakon terkenal, Mira Filzah meraih perhatian warganet selepas tular sebuah videonya di TikTok, baru-baru ini. Menerusi hantaran berdurasi 34 saat itu, Mira sedang duduk sambil ‘lip sync’ menggunakan lagu berjudul Sure Thing nyanyian Miguel dengan

Hiburan Fri, 2 Feb 2018

Akhirnya Impian Tertangguh 2 Tahun Bakal Direalisasikan – Liza Hanim

Siapa yang tak kenal dengan LIza Hanim? Memiliki kekuatan vokal yang mantap meletakkan Liza Hanim berada dalam kelas tersendiri. Walaupun agak lama menyepi, pemenang Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-17 menerusi lagu Gelisah Mimpi

Featured Wed, 31 Jan 2018

THE MOST WANTED HIJABISTA DI MALAYSIA

Norhadiani Baharom Hola to all hijabi dan hijabista in the world! Be proud of yourself kerana esok adalah hari yang indah buat kalian dimana berlangsungnya sambutan World Hijab Day (WHD) kali ke-6. Acara tahunan bertitik-tolak

Featured Fri, 10 Feb 2023

| Live TV