Eat Travel By: Yanie Baharom October 7, 2018 @ 3:00pm

Imaginasi Hidangan Timur-Barat, Meet & Dine Kafe Wajib Anda Singgah!

Kedudukan logistik di antara syarikat perusahaan dan kilang-kilang, siapa menyangka terdapat sebuah kafe yang cukup gah dan ekslusif.

Meet & Dine, beralamatkan Lot 29, Jalan Budiman, Budiman Business Park, Bandar Sungai Long, Kajang, Malaysia, bukan saja mengagumkan anda dengan seni rekaan dalamannya, tetapi juga menu hidangan yang hebat!

Kafe yang diusahakan oleh dua sahabat, Jozree Hamzah dan Bob Ibrahim, baru saja beroperasi kira-kira tiga bulan yang lalu.

Namun sudahpun menjadi buah mulut ramai selain dipilih sebagai lokasi penganjuran acara-acara besar.

“Ia sebuah banggunan sedia ada namun diubah suai menjadi kafe. Seni rekaan dalamannya terinspirasi dari rekaan klasik dengan menggunakan material seperti batu marmar dan kayu untuk mencipta karakter kepada kafe ini.

Ambience kafe ini mesra Media Social, di mana pengguna boleh mengabadikan foto-foto menarik sama ada memuat naik keunikan kafe atau persembahan hidangan kami yang tidak hanya menarik bahkan lazat!

“Kafe ini juga direka penuh versatiliti yakni bahagian atas boleh digunakan untuk penganjuran acara misalnya pelancaran produk. Ia boleh menampung kapasiti seramai 160 orang.

“Selain itu juga terdapat sebuah ruangan persendirian bagi tetamu VIP termasuk yang ingin mengadakan perbincangan secara tertutup,” kata Jozree Hamzah selaku Pengarah Meet & Dine.

Foto: Meet & Dine (Main Hall)

Foto: Meet & Dine (1st floor)

Foto: Meet & Dine

Tambah istimewa, hidangan bufet di sini boleh diubah suai mengikut bajet pelanggan.

“Kami menghasilkan hidangan mengikut bajet pelanggan dan kadar harga bufet kami juga tidaklah mahal malah sangat berpatutan,” kata Bob Ibrahim sebagai Pengarah Operasi di Meet & Dine.

Mensasarkan golongan pelanggan kategori ‘young executive‘ serta penduduk setempat memandangkan Meet & Dine juga terletak di kawasan penempatan sekitar Sg Long, kafe ini ternyata sangat ideal buat seisi keluarga.

Bagi golongan selebriti yang ingin mengadakan majlis gathering bersama peminat bolehlah menyenaraikan Meet & Dine sebagai lokasi pertemuan anda.

Hijab & Heels sebelum ini pernah mendapat tajaan Meet & Dine sebagai lokasi fotografi dan penggambaran segmen Figura (cover girl) edisi September membabitkan tiga selebriti iaitu Raja Ilya, Sangeeta Krishnasamy dan Elizabeth Tan. 

Foto: Nizarhafiz Mustafa

Ujar Bob Ibrahim yang mesra disapa Bo, pihaknya menyediakan servis makanan yang menepati citarasa pelbagai golongan dengan harga mampu milik.

“Kami percaya trend sekarang, pelanggan mencari nice place, good food and good company. Kepuasan kami apabila melihat pelanggan enjoy the moment here.

“Lokasi kafe ini juga tidak sukar dicari kerana anda boleh mendapatkan carian melalui aplikasi Waze dan Google Map,” katanya.

Bercakap mengenai konsep hidangan Meet & Dine, menu mereka boleh dikategorikan sebagai ‘pan asian’ di mana ia menggabungkan masakan Melayu dan Australia.

“Kunjungan saya beberapa kali ke Australia mendapati menu yang disajikan mereka melalui proses improvisasi di mana terdapat banyak similarity dengan masakan Malaysia.

“Sehinggakan mudah untuk kita mendapatkan hidangan yang sesuai dengan selera tekak orang Malaysia.

“Justeru selepas melakukan kajian dan penelitian, saya memperkenalkan beberapa jenis masakan terkenal di Melbourne Australia dan pada masa yang sama anda boleh menikmati menu lokal seperti Lamb Shank Masala, Asam Pedas termasuk Ayam Percik Terengganu.

“Kalau orang tengok konsep kafe termasuk nama Meet & Dine itu sendiri, mereka pasti menyangkakan hanya masakan Barat disediakan. Walhal terdapat seleksi masakan Melayu yang lazat disediakan,” katanya.

Foto: Meet & Dine (Spicy Corn Beef)

Foto: Meet & Dine (Hot & Sour Udon)

Foto: Meet & Dine (Duck Confit)

Foto: Meet & Dine (Honey Garlic Chicken Pizza)

Foto: Meet & Dine (Prawn Kataifi)

Foto: Meet & Dine (Floral Pavlova)

Meet & Dine mempamerkan imaginasi kreatif dalam ciptaan hidangan Timur-Barat yang cukup menarik seperti Chilli Crabs berharga RM30 (soft shell crabs digoreng dengan sos cili telur manis disajikan bersama mantou), Duck Potstickers berharga RM17 (gyoza pan disumbat dengan daging itik, direbus dengan pati lobak jeruk dan daun bawang), disajikan dengan penuh gaya.

Sekiranya anda peminat daging lembu Aussie, Meet & Dine menyediakan resipi seperti spageti daging kornet
pedas berharga RM22 dan sandwic daging lembu (RM30).

Waktu operasi Meet & Dine bermula dari jam 11 pagi hingga 11 malam, setiap hari. Bagi yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi talian 03-87339929 selain boleh merujuk laman rasmi Facebook  dan Instagram Eat Drink KL seperti tertera di bawah.

Facebook: Meet & Dine

Instagram: @meetanddine

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Mar 2023
Featured Fri, 28 Apr 2023
Featured Thu, 29 Dec 2022

Hantar Ke Airport Tunai Umrah, Beto Kusyairy Syukur Dikurniakan Sahabat Seperti Azhan Rani

Pelakon versatil, Azhan Rani menghantar sahabat baiknya, Beto Kusyairy ke lapangan terbang bagi menunaikan ibadah umrah di kota Makkah.   View this post on Instagram   A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) Berdasarkan pemerhatian […]

Featured Wed, 8 Jun 2022

[VIDEO] Akibat Gugup, Lelaki Tersasul Ketika Akad Nikah – “Dengan Mas Kahwin 500 Juta Tunai…”

Lain macam dia punya tersasul tu 🤣 Nasib sempat sedar kalau tak mana nak cekau 500 juta, bayar guna duit jutaria pun belum tentu tak cukup 🤭

Featured Mon, 4 Oct 2021
Featured Tue, 6 Sep 2022

Terpaling Juara: “Mana Datang Hiasan Sanggul?” – Peminat Siti Nurhaliza Berang Salah Lirik, Tapi.. Ramai Puji Shaz Sangat Profesional!

Alamak, tapi persembahan Shaz sangat memukau! Terbaik Shaz kekal tenang walaupun tersalah lirik 🥰