Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 6, 2022 @ 7:58pm

Terpaling Juara: “Mana Datang Hiasan Sanggul?” – Peminat Siti Nurhaliza Berang Salah Lirik, Tapi.. Ramai Puji Shaz Sangat Profesional!

Heboh di ruangan media sosial TikTok memaparkan video nyanyian salah seorang peserta Terpaling Juara iaitu Shaz yang tersalah lirik ketika membawa lagu Purnama Merindu milik penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Video tular berdurasi 25 saat itu telah meraih perhatian rata-rata peminat pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu yang mempertikaikan lirik yang dinyanyikan oleh Shaz.

Menerusi ruangan komen, difahamkan Shaz menukar lirik di baris kedua dan ketiga bahagian korus lagu berkenaan iaitu, ‘Purnama mengambang cuma berteman, Dengan menyaksikan sejuta awan, Hiasan sanggul rindu yang mencengkam, Dihatiku,’.

Manakala lirik yang sebenar ialah ‘Purnama mengambang cuma berteman, Bintang berkelipan dan juga awan, Siapa tahu rindu yang mencengkam, Di hatiku,’.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat Siti Nurhaliza tampil memberikan pelbagai reaksi terhadap lirik lagu yang ditukarkan Shaz semasa membuat persembahan secara langsung.

Penyanyi, Hael Husaini selaku kapten Shaz dalam program realiti Terpaling Juara ini turut berubah reaksi apabila kamera terpaling kepadanya saat anak didiknya itu tersalah lirik.

Ramai dalam kalangan mereka meluahkan rasa geram apabila lagu penyanyi kegemaran mereka ‘dirosakkan’ oleh Shaz.

 

 

 

Namun begitu, ada juga segelintir daripada mereka yang memuji tindakan spontan Shaz yang tampak sangat tenang meneruskan jua persembahan meskipun menyedari tersalah lirik.

Bagaimanapun, ada seorang individu yang menjelaskan bahawa Shaz mengakui dia tersilap lirik dan memohon maaf atas kesilapannya itu.

Meskipun tersalah lirik, Shaz berjaya membawa pulang wang tunai bernilai Rm5,000 atas kemenangan persembahan terbaik dalam minggu ketiga Terpaling Juara.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Terpaling Juara setiap Ahad, jam 9 malam di TV3.

Terpaling Juara juga dapat disaksikan dengan strim langsung secara definisi tinggi di laman portal video www.tonton.com.my

Gunakan tanda pagar #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 27 Nov 2024

Individu Wanita Dedah Jadi Skandal Penyanyi Terkenal?

Individu wanita berusia 26 tahun mengaku jalin hubungan cinta bersama penyanyi terkenal.

LIFESTYLE Fri, 4 Jan 2019
Hiburan Mon, 27 Mar 2023
Hiburan Mon, 1 Jan 2018

‘ODE TO SPRING’ KEITH KEE INSPIRASI CHEONGSAM MODEN

Tambah Keith, beliau lebih suka kepada lukisan klasik berbentuk burung-burung Cina yang tidak terlalu berat untuk diserapkan ke dalam setiap rekaannya

Featured Mon, 11 Apr 2022
Hiburan Sun, 11 Jan 2026

Mohon Maaf Kepada Peminat Konsert Dihentikan… Penganjur Pentas RadjaWali Jelaskan Isu ‘Blackout’

Penganjur Konsert Pentas RadjaWali tampil memberi penjelasan berhubung kekecohan yang berlaku, termasuk isu ‘blackout’ sistem bunyi pada penghujung acara.

Hiburan Sat, 2 Dec 2023
Featured Mon, 30 Jun 2025
error: Content is protected !!