Featured By: Salma Syahbuddin April 3, 2024 @ 1:39pm

“Prank Atau Selamatkan Diri Kerana Takut Diboikot?” – Amin Idris Tegur Aliff Syukri Isu April Fool, Minta Pimpin Ahli Keluarga Buru Lailatul Qadar

Susulan kenyataannya berkaitan muzik video raya yang dimuat naik bertujuan sebagai bahan gurauan sempena sambutan April Fool, tindakan usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya mendapat respons negatif dalam kalangan warganet.

Malah, rata-ratanya menganggap gurauan tersebut sebagai melampau dan mempersendakan agama.

ARTIKEL BERKAITAN:”Kepada Anda Semua April Fool! Lagu Raya Saya Tahun Ni Tak Ada Pun” – Aliff Syukri

Terbaharu, pendakwah selebriti iaitu Amin Idris tampil memberikan teguran berhubung kenyataan yang dibuat Aliff pada Selasa.

Menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram, Amin tampil memberikan penjelasan sebab mengapa tindakan menyambut April Fool itu haram disisi agama.

Bahkan, dia turut mempersoalkan tindakan Aliff membuat permohonan maaf tersebut yang dilihat seolah-olah stakut dirinya diboikot.

“Duhai saudara ku Aliff Syukri, April Fool juga haram disisi agama. Sebab apa?Kerana Islam tegah gurauan sampai menipu. Satu Malaysia saudara telah tipu. Bagiamna nak minta maaf setiap orang yang ditipu?

“Itupun jika benar semua prank atau untuk selamatkan diri atau takut diboikot?,” ulasnya.

Sementara itu, Amin juga sempat memberikan saranan kepada Aliff  untuk memimpin ahli keluarganya supaya mengejar malam Al- Qadar dek kerana pahalanya lebih besar dari keuntungan perniagaan yang diperolehi Aliff.

“Saranan saya, pimpinlah ahli keluarga memburu malam Al-Qadar kerana untungnya lebih banyak dari untung bisnes saudara,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amin Idris (@amin_idris)

 

Terdahulu, tindakan Aliff memuat naik video muzik ‘Love Raya’ nyanyiannya menerima kecaman hebat dalam kalangan netizen dan juga ibunya sendiri, Rozita Ibrahim.

Malah, muzik video berkenaan juag dianggap tidak bersesuaian dan kurang sopan untuk dipertontonkan terutamanya ketika umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan.

ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan Malukan Mak, Hidup Mak Dah Akhir-Akhir” – Bonda Rozita Kecewa, Minta Aliff Syukri Jangan Buat Lagu Raya Lagi

ARTIKEL BERKAITAN:Padam MV Lagu Raya ‘Menggeletis’, Aliff Syukri Mohon Maaf, Netizen Perli: “Setiap Tahun Drama, Skrip Sama”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 Oct 2021
Featured Tue, 1 Nov 2022

[VIDEO] Kesal Sering Terima ‘Tempias’, Kakak Iman Troye Tak Gemar Ada Selebriti Dalam Keluarga Gara-Gara…

Iman ni jiwa dia besar. Dia suka apa dia buat sekarang – Kakak Iman Troye

Featured Sat, 30 Sep 2023

Famili Duo Kini Kembali! Tampil Sisi Berbeza Peserta, Mas Idayu & Ajai Kekal Kedudukan Sebagai Juri

Program realiti nyanyian TV3, Famili Duo kembali dengan musim baharu dengan menampilkan lima pasangan selebriti popular tanah air. Menampilkan penyanyi popular, pencipta kandungan sensasi dan pelawak, Famili Duo kali ini pastinya tampil dengan sisi berbeza […]

Featured Sun, 18 Sep 2022
Trending Mon, 17 Jan 2022

Jom Sertai Program Realiti Terbaharu TV3! Fit For Action Bakal Adakan Uji Bakat Terbuka Pada 29 & 30 Januari Ini

Program realiti terbaharu TV3, Fit For Action (FFA) meneruskan pencarian peserta yang mempunyai kemahiran seni bela diri dan berminat untuk berlakon. Jangan melepaskan peluang untuk menyertai uji bakat terbuka yang akan berlangsung pada 29 dan […]

Featured Tue, 9 Feb 2021
Hiburan Mon, 23 Sep 2019
Trending Fri, 18 Sep 2020
Featured Wed, 7 Dec 2022

Suka Lihat ‘Sisterhood’ Rozyana Roslan & Kieda Amy, Netizen Doakan Persahabatan Mereka Berkekalan

Pasti ada yang mengenali pempengaruh dan usahawan Rozyana Roslan atau lebih dikenali sebagai Rozy yang sering memuat naik pelbagai video solekan sehingga berjaya menarik perhatian ramai. Baru-baru ini, Rozy selamat berangkat ke Tanah Suci Makkah […]