Categories: HiburanSelebriti

Comel! Dynas Kongsi Pengalaman Hamil Anak Ketiga

Pelakon jelita Datin Dynas Mokhtar yang sedang hamil akui alah kepada bau sewaktu di trimester pertama.

Kata beliau yang dijangka melahirkan anak ketiga pada Mei ini, dia bersyukur masalah itu kini sudah berkurang.

“ Dulu saya tidak boleh tahan bau sekaligus menyukarkan untuk saya masak dan makan. 

“ Sekarang saya bersyukur apabila sudah kembali bertenaga. Saya bagai mendapat kekuatan luar biasa dan mampu melakukan pelbagai perkara terutama merencana perniagaan baharu,” katanya kepada BH Online.

Dalam masa sama, Datin Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar kini dalam proses membangunkan sebuah kafe butik yang memerlukan dirinya bergerak aktif. 

Berkongsi soal jantina bayi, Dynas dan suami belum mendapat tahu jantina anak yang bakal dilahirkan.

“ Walaupun sudah jalani teknik imbasan, doktor beritahu ‘baby’ sorokkan jantina. Mungkin mahu bagi kejutan pada kami. Tidak mengapa, biar kita tunggu kelahirannya nanti,” katanya.

Dynas berkahwin dengan Datuk Mohamad Shazrik Che Mohd Din pada April tahun lalu selepas empat tahun menjadi ibu tunggal kepada Khayra Khalyssa, 9, dan Mohamed Haqaish, 7.

SGMS Faida