Comelnya Anak Kedua Waris, Tihani Izz Nina

Alhamdulillah. Penyanyi rap Waris berkongsi berita kelahiran anak keduanya, Tihani Izz Nina yang lahir pada 2 Ogos lalu, sebentar tadi.

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram Waris atau nama sebenarnya Muzzammil Alias menulis isterinya selamat melahirkan secara normal tanpa sebarang komplikasi.

“ Cuma bezanya, bayi kami kali ini lebih berat berbanding abangnya yang hanya 2.46 kg ketika dilahirkan,” tulisnya ringkas.

Tambahnya, bayi comel itu dilahirkan di sebuah hospital di Negeri Sembilan dengan berat 3.3 kilogram (kg).

Penyanyi rap terkenal ini berkahwin dengan Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 Ogos 2015.

Mereka memiliki seorang anak lelaki bernama Mudassir yang lahir pada September 2016.

SGMS Faida