Comelnya Buah Hati Ketiga Khai-Rosma!

Pasangan selebriti Khai dan Rosma gembira menerima kehadiran cahaya mata ketiga, semalam.

Menerusi laman Instagram Khai atau Mohammad Khairul Nizam Mohammad Wahi, dia berkongsi berita gembira memaklumkan isterinya selamat melahirkan bayi perempuan. 

” Selamat pagi semua. Syukur Alhamdulillah. Anak perempuan kami Nur Alya Dhania selamat dilahirkan semalam 11.04.2019 jam 1.48 pm berat 2.8 kilogram,” katanya.

Difahamkan, Rosma selamat melahirkan bayi ketiga mereka di hospital di Bangi, jam 1.48 tengah hari, semalam.

Menerusi perkongsian itu, Khai turut mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital.

“Terima kasih buat Doktor Noraini dan pembantu semua di Hospital az-Zahrah, Bangi atas layanan dan bantuan semua.

“Terima kasih juga di atas doa kalian semua keluarga, saudara mara, sahabat dan rakan di Facebook dan IG kami,” tulisnya.

Dalam pada itu, Khai turut menyatakan terdapat tiga tarikh penting buatnya bulan ini.

“Dalam April ada tiga tarikh penting buat saya. 11 April (hari lahir Dhania), 16 April (hari lahir Rosma) dan 26 April (ulang tahun perkahwinan kami),” tulisnya.

Terdahulu, Khai dan Rosma mendirikan rumah tangga pada 2008 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 9, dan Nur Amani Damia Mohd, 4.

SGMS Faida