Categories: HiburanSelebriti

Comelnya Duduk Tidor Si Kembar Zizie Ezette

Ala comelnya pelakon Zizie Izette pos gambar anak kembar lelakinya.  Terletak dan berpaut macam masih dalam perut ibunya gaya gambar ini. Pix ini dipos oleh Zizie melalui IGnya sekali gus mengumumkan nama kedua-dua puteranya itu  – Aadam Zac Izette (tidor atas) dan adik lelaki, Aaleph Zeke Izette.

Waktu  pix ni diambil, kedua anak kembar ini baru berusia 20 hari.

Zizie melahirkan mereka tanggal 29 Disember 2017 pada pukul 5.48 pagi dan 5.40 pagi. Baby  pertama yang keluar seberat  2.74 kg manakala adiknya lebih berat sedikit iaitu 2.78 kg.

Sudah pasti kedua anak comel ini hadiah hari jadi paling indah buat Zizie  mengakhiri tahun 2017.malah dalam usia 39 tahun.

AADAM ZAC

AALEPH ZEKE

Cuma satu yang agak mengelirukan kenapa Zizie tulis ‘ A birthday mummy’… early birthday gift’? Bukan kah Zizie lahir pada 17 November? Jadi kenapa ZIzie kata kelahiran anak kembarnya itu adalah hadiah hari jadi awal baginya…

Zizie mengeposkan gambar ini dalam IG nya ketika bayi berusia sebulan sehari semalam dan sudah tentu beliau masih dalam pantang sekarang.

Tahniah Zizie dan suami. Datuk Seri Bung Moktar Radin.

SGMS Putri