“Confuse Lah, Dia Ke Wan Sharmila Ni?” – Kongsi Foto Makan Bersama Zara Zya, Shuib Tinggalkan ‘Hint’ Di Kapsyen?

Nama pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu sering terpalit dengan kontroversi apabila kerap dikaitkan dengan beberapa orang selebriti wanita selepas memegang status duda.

Baru-baru ini, Shuib membuat perkongsian gambar di akaun Instagramnya yang memaparkan dirinya bersama pelakon Zara Zya di sebuah restoran.

Menerusi perkongsian tersebut, ayat yang ditulis pada ruangan kapsyen menimbulkan tanda tanya tentang status perhubungan mereka berdua.

“Nak cakap YA pun tidak, nak cakap TAK pun tidak… ia DI TENGAH TENGAH… haa macam mana tu, boleh tolong explain tak awak @zarazya,” tulis Shuib.

Apa yang lebih menimbulkan persoalan, pelakon drama Risik Pada Hati itu turut membalas ayat kapsyen pada ruangan komen.

“Seganlah nak explain,” balas Zara ringkas.

Walaubagaimanapun, ramai wargamaya yang menganggap perkongsian tersebut sebagai gimik pemasaran kerana umum mengetahui Shuib merupakan seorang usahawan minuman berasaskan madu lebah.

Namun begitu, rata-rata wargamaya turut mendoakan mereka berdua berjodoh dan merestui hubungan itu malah ada rakan selebriti turut meninggalkan komen yang berbentuk usikan.

      

Terdahulu, Shuib dikaitkan dengan pelakon Wan Sharmilla apabila ibunya memuat naik gambar bersama pelakon wanita itu.

Atiqah Johari