Hiburan By: SGMS Faida July 2, 2018 @ 12:12pm

Cukuplah… Saya Tak Mahu Buat Kerja Gila Lagi

Orang mungkin ingat dia tidak siuman sedikit masa lalu. Segala tindakannya menjadi buah mulut netizen di laman sosial. Ada yang menganggap dia sengaja mencari publisiti, namun terpulanglah pada persepsi masing-masing.

Yang penting, empunya diri iaitu pelakon Iqram Dinzly memaklumkan dia kini bangkit dengan kekuatan baru.

Alhamdulillah! Jejaka berusia 37 tahun ini sudah ‘tersedar’ daripada lamunan panjang di mana dirinya sering menjadi mangsa kecaman netizen.

“ Saya leka dan melayan perasaan sehingga terlupa apa yang dilakukan memberi kesan terhadap diri, kerjaya dan keluarga.

“ Saya akui tidak semua boleh terima cara itu. Sehinggakan ada yang menganggap kehidupan saya menyimpang dari landasan Islam sebenar, sedangkan tidak semua memahami laluan yang saya tempuh.

“ Saya tidak kisah apabila dianggap sudah tidak siuman kerana hanya saya tahu, apa yang saya rasa.

“ Apabila tersedar, saya malu dengan perbuatan sendiri. Saya bukan lagi Iqram Dinzly yang dulu.

“Terdetik juga di hati, apa sebenarnya yang saya lakukan? Saya terperangkap dan terpinga-pinga kerana tidak percaya dengan apa yang saya buat.

“Cukuplah, saya tidak mahu buat kerja gila lagi,” katanya yang kembali ‘bangun’ sejak 10 Ramadhan terakhir lalu.

Anak kelahiran Ipoh, Perak itu berkata, persepsi orang ramai terhadapnya memberi kesan besar sedangkan ketika itu, dia hanya mahu menjadi diri sendiri.

“Saya tidak lagi menjaga menjaga penampilan diri kerana mahu hidup ringkas. Saya lupa, saya adalah selebriti. Saya tidak mampu melawan persepsi orang luar apabila diri tidak lagi terurus seperti ketika saya dikenali.

“Saya tidak hidup sendirian. Saya ada mama yang baru menjadi balu, selain nama baik keluarga yang perlu dijaga. Saya percaya doa mama, Lalitol Akmar Mohamed Shaffie, 68, membuatkan saya kembali ke pangkal jalan.

“Selama ini, saya lihat mama ‘okay’ dan sering menegur dengan cara baik. Saya tidak perasan dia sebenarnya susah hati. Perbuatan saya memberi kesan sangat besar kepadanya dan keluarga. Mama sangat tabah kerana ketika diuji kehilangan suami, terpaksa pula berdepan dengan anak yang berperangai pelik dan gila.

“Saya sudah tidak sanggup melihat wajah mama yang sugul dan tidak ceria. Saya mahu menjadi Iqram Dinzly dulu yang sentiasa membahagiakan mama,” katanya.

Iqram Dinzly juga memohon maaf atas segala perbuatannya terdahulu yang mungkin mengguris sesetengah pihak. Kita doakan Iqram terus bangkit dan sihat okay!

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Jul 2018

Abam Sasar Berat Badan Turun Ke 100 Kilogram

Target saya sehingga hujung tahun ini. Berat asal saya 188.6 kilogram sebelum ini. Sekarang sudah kurang kepada 163 kg. Go Abam, chaiyok!

Hiburan Sat, 19 May 2018

Bella Enggan Ulas Punca Cerai, Mahu Move On

Bella pun dah move on, tidak mahu beri ulasan tentang penceraian. Give space ye !!

Hiburan Mon, 27 May 2019

Kassim Selamat Sudah Tiada…

Al-Fatihah…semoga roh beliau terus dicucuri rahmat.

Hiburan Thu, 1 Aug 2019

#ThrowbackThursday Produce X 101 Moments that Disintegrated Our Wigs and Left Us Gagged Part 2

Now that we’ve revisited the five gag-worthy stages in the last #ThrowbackThursday post, now it’s time to revisit the moment we’ve been waiting for! The final episode of Mnet’s Produce X 101! Shaquille ONeal Excited […]

Hiburan Thu, 9 Aug 2018

Sazzy Akui Ingin Puaskan Diri Sendiri

Tidak dinafikan fenomena Gol dan Gincu sedikit sebanyak telah mengangkat nama Sazzy Falak sehingga dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-19, 2006

Filem Fri, 23 Feb 2024