Curang 6 Kali? Bekas Kekasih Maafkan Ismail Izzani

Baru-baru ini, kecoh di laman sosial Twitter apabila seorang gadis yang juga seorang Instafamous mendakwa dirinya telah dicurangi enam kali oleh teman lelakinya iaitu penyanyi terkenal, Ismail Izzani. Gadis tersebut merupakan seorang model muslimah dan menjalinkan hubungan dengan penyanyi ini pada pertengahan 2017. 

Tweet yang mendapat beribu like dan retweet daripada gadis berkenaan menimbulkan spekulasi negatif terhadap penyanyi tersebut.

Gadis tersebut juga menyatakan perasaan kecewanya dengan beberapa tweet yang berbaur sindiran seperti “takda apa yang boleh ubah sampah macam awak!, “sejujurnya saya hilang hormat pada awak dan awak bukan ‘luar biasa’ mana pun“. Gadis itu juga menambah “sekali curang, tetap akan curang sampai bila-bila!” 

Setelah mendiamkan diri, Ismail Izzani tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada peminatnya. Beliau berkata bahawa dirinya masih muda untuk menjalankan hubungan yang serius.

Ismail juga menambah bahawa dirinya ada sebab tersendiri dan hanya ingin fokus pada karrier seninya. 

Bekas kekasihnya juga telah memaafkan Ismail dengan tweet terbarunya iaitu “setiap orang tak akan pernah lari dari kesilapan and so do I. Let’s forgive each other and forget. Pray the best for each other and may we learn from mistakes.”

Harapnya mereka berdamai cepat-cepat, mereka berdua masih muda, banyak lagi yang perlu belajar. 

Ditulis oleh : Nur Nasuha 

Ad Ops