“Jangan Keruhkan Keadaan” – Sufian Suhaimi Beri Amaran Pada Fathia Latiff

Baru-baru ini ramai yang mempertikaikan tindakan Fathia Latiff  yang dianggap cuba untuk menyindir bekas tunang kepada penyanyi asal lagu Di Matamu ini. 

Menurut Sufian Suhaimi, tindakan Fathia Latiff menyanyikan lagu Di Matamu dengan menukar lirik lagu tersebut seperti lagu balasan kepada single hitnya itu dianggap sebagai cara pelakon ini berkarya.

Menurut Sufian, dia tidak berkecil hati dengan tindakan Fathia, tetapi terdapat segelintir pihak yang beranggapan bahawa tindakan pelakon kontroversi itu seolah-olah cuba untuk mengeruhkan keadaan apabila memuat naik lagu cover version itu di laman twitter beliau.

“Sebelum ini, memang ramai yang membuat lagu Di Matamu sebagai lagu cover mereka dan saya sudahpun mendengarnya. Bagi saya, ini adalah antara lagu cover yang kreatif . Saya tak rasa apa-apa pun dan melihatnya sebagai cara untuk Fathia berkarya. Saya puji hasil kerja beliau dan produksi yang terlibat. Cuma, harapan saya apabila menyanyikan semula lagu tersebut jangan dia ada niat tertentu seperti membuat serangan peribadi secara berkias sehingga mencampuri urusan orang lain.” Jelasnya

Sebelum ini, pelakon penuh kontroversi ini pernah dikecam netizen apabila perbuatannya itu dilihat seperti cuba memanjangkan lagi isu kontroversi putus tunang Sufian Suhaimi dan El. 

Walaupun cubaan Fathia Latiff menyanyikan lagu Di Matamu ini dikecam teruk, namun lagu ini telahpun menjadi lagu nombor dua trending di Malaysia. Wow!

Salma Syahbuddin