#Babyninja Ungku Arsalan Haq, Rezeki Jihan Muse Dan Suami

Teka-teki selama ini telah terjawab apabila Jihan Muse dan suami, Ungku Hariz berkongsi gambar bayi mereka, #babyninja di laman sosial. Jihan juga telah mengadakan majlis aqiqah dan cukur jambul putera sulungnya di Dewan Sri Hartinie, Shah Alam baru-baru ini . Majlis yang sungguh bermakna ini dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat Jihan dan Hariz. 

Jihan memilih nama Ungku Arsalan Haq buat anak sulungnya. Peminat-peminat yang hadir dan menunggu kemunculann baby ninja ini turut berasa gembira dengan kecomelan anak Jihan. Peminat berpendapat, Ungku Arsalan ini lebih mengikut muka bapanya, betul ke? Jom kita usha bayi comel ini!

Sumber : camoarts.official

Comel kan anak Jihan dan Ungku Hariz? Semoga cepat membesar dengan sihat ya!

Ditulis oleh : Nur Nasuha 

Ad Ops