Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 18, 2024 @ 1:23pm

Dah Bayar 90 Peratus Ubah Suai Rumah, Nora Danish Bengang Ditipu Kontraktor Tak Berhati Perut – “Kalau Tak Siap, Masuk Penjara!”

Pelakon, Nora Danish meluahkan rasa berang terhadap dua individu tidak bertanggungjawab atas tindakan mereka menipu dalam proses pengubahsuaian kediamannya.

Nora mendedahkan kerja pengubahsuaian sepatutnya selesai sejak Januari lalu, namun kontraktor yang sudah dianggap seperti adik itu menghilangkan diri.

Kata Nora lagi, pembayaran sudah dibuat sebanyak 90 peratus sejak Ogos lalu, malah dia dan ahli keluarga terpaksa menginap di hotel selama empat bulan dan kini menumpang di rumah ibunya.

Nora Danish

“Dari Januari patut siap, duit dah bayar 90 peratus. Sekarang dah masuk April.

“Nak kata sabar, saya dah sabar lama. Memang polis la jawapannya.

“Saya dah bayar sejak Ogos tahun lalu. Duduk hotel dah lebih empat bulan. Sekarang saya tinggal di rumah ibu sejak tiga bulan lalu.

“Ini semua salah saya sebab terlalu percayakan orang yang dah dianggao macam ‘adik’, kerja tak habis terus angkat kaki.

“Tinggalkan kami terkontang kanting kena tipu dengan kontraktor penipu dan tak berhati perut.

“Kesemua baju kami dalam beg plastik Ikea. Kena korek setiap kali nak pakai. Nak start kerja pun susah.

“Anak-anak tidur sana sini. Allahuakbar. Dah cuba reda dan bagi peluang. banyak kali,” katanya.

Nora Danish

Nora Danish

Dalam pada itu, Nora tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan polis terhadap dua individu tersebut sekiranya kediamannya itu tidak selesai minggu depan.

“Harap dengan tindakan ini dapat buka mata semua pihak agar berhati-hati memilih kawan, dan kontraktor.

“Dalam minggu depan kalau tak siap juga, korang berdua masuk penjara,” tulisnya.

Artikel Berkaitan: Nora Danish, Fasha Sandha Dah Lama Berbaik, Persengketaan Lalu Hikmah Terindah Temui ‘Cinta Sejati’ – “Kami Berdamai Secara Semula Jadi”

Artikel Berkaitan: Kerap Fikir Soal Mati, Nora Danish Diserang Anxiety – “Mungkin Disebabkan Faktor Usia…”

Artikel Berkaitan: Nora Danish Elak Beri Komen Isu Viral – “Lebih Baik Tengok Dan Diam Sahaja”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Jun 2022
Hiburan Sun, 22 Sep 2019

Dj Lin Nak Bersara?

Ala…kenapa pula ni?

Featured Thu, 15 Apr 2021

Syabas! Ejen Ali The Movie Terpilih Mewakili Malaysia Ke Brazil

Filem animasi tempatan, Ejen Ali The Movie berjaya mencipta sejarah skali lagi apabila terpilih mewakili Malaysia dalam Pertandingan Filem Animasi di Festival Fantaspoa 2021, di Brazil. Pengarahnya, Usamah Zaid Yasin berkata, pencalonan itu semestinya cukup […]

Featured Sat, 29 Oct 2022

Jaga Hati Isteri, Aksi Teuku Ryan Pegang Tangan Ria Ricis Raih Perhatian

Pelakon dan YouTuber Indonesia, Ria Ricis tular di media sosial kerana menerima layanan sangat baik suami, Teuku Ryan. Ryan yang memegang tangan Ricis semasa seorang pekerja butik yang tiba-tiba datang mendekati mereka untuk membetulkan cara […]

Trending Fri, 26 Nov 2021

Min Yasmin Realisasi Impian Konsert Solo Dalam Negara

Penyanyi Min Yasmin atau nama sebenarnya, Nurul Yasmin Abdul Aziz, 33, gembira kerana hasratnya untuk mengadakan konsert solo dalam negara bakal menjadi kenyataan. Bakal berlangsung di Sandakan, Sabah pada Mac tahun depan, konsert Min Yasmin […]

Hiburan Thu, 8 Sep 2022

[VIDEO] Harry Styles Didakwa Meludah Chris Pine

Kalau tengok macam betul je Harry ludah Chris. Kesian dia…

Cahaya Mata Mon, 5 Dec 2022
Trending Mon, 22 Jun 2020

Semua Klinik Dan Pusat Perubatan Islam Boleh Dibuka Sehingga…

Berita lanjut boleh klik artikel di atas.