Dah La Berkain Pelikat Jer, Hannah Delisha Kongsi Saat Cemas!

Ngeri! Pelakon Hannah Delisha kongsi pengalaman cemas semasa penggambaran filem Langsuir.

Kata Hannah, dia hampir dipatuk ular ketika menunggu giliran untuk babak melibatkanya.

“ Tiba-tiba saya rasa geli di bahagian kaki, Sudahlah saya pakai kain pelikat masa itu.

“ Dengan rasa terkejut, saya terus campak ular itu.Nasib baik krew produksi ada di situ. Memang berdebar,” katanya.

Dalam masa sama, Hannah meletakkan sepenuh harapan tinggi untuk filem Langsuir agak mendapat sambutan hangat di pawagam.

“ Saya dah berikan yang terbaik. Semoga filem Langsuir diterima baik peminat. Insha Allah,” katanya.

Filem terbitan Nuansa Films yang menelan belanja sebanyak RM1.5 juta itu telah menjalani penggambaran pada Oktober tahun lalu di sekitar Pulau Langkawi, Kedah.

Filem arahan Osman Ali ini bakal menemui pawagam di 27 September 2018. Antara barisan pelakon yang membariskan pelakon seperti Syafiq Kyle, Firdaus Nadzamam, Julia Farhana, Naza Manas dan Daaim Jailani.

 

 

SGMS Faida