ADUN Balakong Maut Kemalangan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee maut dalam kemalangan di Kilometer 11.7 Lebuhraya Grand Saga.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff mengesahkan kejadian berlaku pada jam 12.40 pagi.

Siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kenderaan SUV jenis Nissan x-Trail melanggar bahagian belakang lori milik syarikat konsesi lebuhraya berkenaan.

Mangsa dipercayai dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kajang.

Mendiang Tien Chee, 40 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Ng mengalahkan dua pencabar, Lim Chin Wah (BN) dan Mohamad Ibrahim Ghazali (PAS), dengan kelebihan 35,538 undi.

Ng memperoleh 41,768 undi berbanding Lim (5,875 undi) dan Mohamad Ibrahim (6,230).

 

SGMS Faida