Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 14, 2023 @ 3:50pm

Dah Lebih Seminggu Berniaga Nasi Ayam Tepi Jalan, Faye Kusairi Syukur Ramai Beri Sokongan

Pelakon, Faye Kusairi kini memulakan perniagaan juadah Nasi Ayam secara kecil-kecilan di tepi jalan berdekatan klinik Idzham Bukit Antarabangsa.

Menerusi perkongsian di Instagram, Faye meluahkan rasa syukur dan gembira apabila jualan Nasi Ayam resepinya sendiri mendapat sambutan ramai meskipun baru seminggu berniaga.

“Ayah saya menghabiskan masanya dengan menolong menyiapkan stall nasi ayam dan juga mengemas sementara saya sibuk bersilat kat rumah uruskan hal di rumah dan nasi ayam untuk dijual.

“Secara jujurnya, saya enjoy dengan apa yang kami lakukan ini. Kalau pembeli gembira, kami lagi gembira.

“Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya sangat bersyukur sudah ada pelanggan yang regular walaupun baru seminggu berniaga.

“Jadi semakin motivated lah berniaga nasi ayam ni. Semoga Allah melimpah rahmat kepada semua sudi support perniagaan kecil kami ni.

“Kami buka setiap Isnin hingga Jumaat, 11 pagi – 4.30 petang hingga habis,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menitipkan semangat buatnya.

Menerusi hantaran lain di Instagram, Faye berkongsi rakan selebriti, penyanyi Azza Elite turut membeli nasi ayam sebagai tanda sokongan terhadapnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FAYE KUSAIRI (@fayekusairi)

Artikel Berkaitan: Faye Kusairi Dijangkiti Virus Influenza A, Mohon Doa Buat Diri Dan Kandungan Anak Ketiga

Artikel Berkaitan: Bantu Peniaga Tepi Jalan… Beli Semua Baki Kuih & Bagi Duit Belanja, Sikap Prihatin Zara Zya Dikagumi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 21 Oct 2022

Netizen Tertarik Dengan Perwatakan Semula Jadi Puteri Balqis

Sebut saja nama pelakon Puteri Balqis, pasti ramai yang mengingati bakat lakonan yang cukup mengagumkan. Semakin meningkat remaja, penampilan dan perwatakan Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish menjadi perhatian ramai sehingga berjaya membuatkan orang […]

Hiburan Wed, 5 Nov 2025

“Buli Tak Cool Brother!” – Alif Satar Tegas Kecam Perbuatan Buli

Alif Satar secara terbuka mengaku sangat membenci tindakan buli.

Hiburan Thu, 28 Mar 2019
Hiburan Fri, 20 Jun 2025

“Tak Mungkin” – Fikry Ibrahim Tepis Dakwaan Isu Rumah Tangga Hanya Gimik

Fikry Ibrahim enggan ulas kenyataan bercanggah dengan peguam mewakili isterinya

error: Content is protected !!