Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain January 10, 2024 @ 11:23am

Dakwa Pernah Terima Nasib Sama Dengan Zahirah Macwilson, Zarina Anjoulie Dedah Sikap Fathia Latiff? – “This Is Exactly Why..”

Pelakon Zarina Anjoulie tampil mendedahkan sikap aktres Fathia Latiff yang pernah menjadi kawan baiknya suatu ketika dahulu.

Umum tahu, satu ketika dahulu Zarina dan Fathia pernah berkawan rapat namun persahabatan mereka tidak kekal lama.

Terpanggil untuk mengulas isu yang dihadapi oleh bekas kawan baiknya itu, Zarina yang mesra dipanggil Anju mengakui dirinya pernah menerima nasib yang sama seperti aktres Zahirah sebelum ini.

Menurut Anju, dia pernah cuba untuk menjelaskan perkara sebenar tentang pergaduhannya bersama Fathia namun kebanyakannya tidak ambil pusing dengan kenyataannya.

“Kalau awak tengok video tu, this is the problem about Fathia yang the one that I have. Kalau awak ingat saya penah gaduh dengan dia, so this is exactly why.

“Tapi dulu saya cakap orang tak percaya. Dia kan Ariana Rose. Yela, saya kan banyak kontroversi kalau saya explain pun orang cakap saya jahat. Satu hari orang akan tahu cerita sebenar.

“Kalau awak tengok video dia, awak boleh nampak tak busuk hati sebab tu saya stop berkawan dengan dia. Masa saya kawan dengan dia pun cakap pasal followers dia. Orang normal tak cakap macam tu. Dia cakap saya kawan dengan dia sebab followers.

“Apa pun saya doakan orang yang baik-baik untuk dia. Benda macam tu dah jadi. Most important thing is kita ignore, kita doakan. Saya terkejut tengok page dia all out dia kecam Zahirah. Dulu dia buat saya, orang back up dia,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Anju ketika membuat live di TikTok, baru-baru ini.

Anju bagaimanapun menyatakan dia tidak pernah membenci Fathia, sebaliknya tetap mendoakan agar pelakon itu berubah dan bahagia suatu hari nanti

“Time will tell. Sebab orang ni tak boleh sorok perangai busuk dia lama-lama. Satu hari mesti akan kantoi. So, kalau orang tanya kenapa saya gaduh dengan dia. Inilah sebabnya busuk hati kuat sangat.

“Lima tahun saya tengok dia, dia takda perubahan, sampai dia takda kawan. Sebab otak dia still stuck kat zaman Ariana Rose yang famous tu. Orang tak kisah pasal kau dah. Kau bukan sesiapa dah.

“Tapi its okay, takda orang hina kau dah, orang ramai je sayang kau. Sejujurnya, saya tak benci dia. I wish her well. Saya sangat berharap satu hari dia akan berubah sebab orang macam tu kita jangan kecam.

“Masa zaman kawan dengan dia saya cuba faham. Tapi saya tak tahan dah, jadi saya takboleh nak faham dah sebab makin saya cuba faham dia lebih ambil kesempatan kat orang. Tapi saya doakan satu hari nanti dia kahwin dan happy,” jelasnya.

@aseancelebrities Zarina Anjoulie || Anju Mula Buka Cerita.. Tentang Fatiya Latiff #ZarinaAnjoulie #FatiyaLatiff ♬ original sound – Selebriti Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Jul 2021

“Binatang Pun Sayang Anak..”- Kanak-Kanak OKU Didera Dengan Kejam, Ramai Tuntut #JusticeForBella

Tular di media sosial mengenai kes penderaan melibatkan seorang kanak-kanak Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella. Berita tersebut mulai tular apabila kisah itu dikongsikan oleh Mona Din yang juga seorang usahawan di laman Facebook beliau. […]

Selebriti Wed, 30 Jul 2025
Hiburan Wed, 20 Aug 2025
Hiburan Sun, 15 Sep 2019

Konsert Transcendence Hadiah Butterfingers Untuk Peminat

2 jam 90’s Grunge tanpa henti! Yasssss!!!

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

‘Kalau Tak, Saya Nak Makan Apa?’- Altimet Nafi Kecil Hati Dengan Komen Netizen

Setiap benda yang saya buat mesti ada orang kecam. Jadi saya risau kalau buat sesuatu orang tak kecam, maknanya…

Featured Thu, 8 Apr 2021

“Mak Tiri Tak Tahu Hukum Hakam Ke?” – Nak Kahwin Anak Tiri Sendiri, Tak Sempurna Mencintaimu Buat Ramai Sakit Hati

Sejak akhir akhir ini, Drama Tak Sempurna Mencintaimu sering kali menjadi perdebatan di kalangan penonton di media sosial. Sebaik sahaja drama ini bersiaran, laman media sosial akan dipenuhi dengan pelbagai komen daripada para penonton yang […]

Featured Tue, 30 Aug 2022
error: Content is protected !!