Hiburan By: Salma Syahbuddin January 7, 2019 @ 9:26am

Bahang Kian Terasa, Jom Dapatkan Tiket Anugerah Juara Lagu 33 Disini!

Bahang Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) makin terasa, jadi apa tunggu lagi buat julung kalinya pihak produksi Anugerah Juara Lagu menjual tiketnya kepada pihak umum dengan harga serendah RM25! Anugerah Juara Lagu yang akan bersiaran langsung pada 3 Februari 2019 di Stadium Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu akan memulakan penjualan tiket secara atas talian melalui laman web www.myticket.asia bermula 7 Januari 2019.

Menurut Pengurus Hiburan Primeworks Studio, Encik Muhammad Sufian Che Isa, penjualan tiket kali ini adalah untuk memberi peluang sama rata kepada semua peminat tegar anugerah berprestij ini untuk  sama-sama memeriahkan malam AJL33.

“Ini merupakan kali pertama kami menjual tiket AJL kepada peminat. Dengan cara ini, semua peminat AJL33 akan mendapat peluang yang sama dalam mendapatkan tiket Anugerah Juara Lagu 33 secara atas talian. Oleh itu, kami menyeru kepada semua peminat untuk melayari www.mytickets.com.my pada 7 Januari 2019 ini dan dapatkan tiket anda segera sebelum tiket habis, kerana harga tiket AJL33 yang amat rendah ini pastinya ia akan habis terjual pada masa yang singkat. Tambahan pula, harga tiket ini amat rendah jika dibandingkan dengan harga tiket konsert-konsert yang lain. Terutamanya apabila penyanyi-penyanyi popular masa kini berentap sesama mereka.” Katanya

Penjualan tiket AJL33 kali ini mempunyai tiga jenis tiket dengan tiga harga berbeza iaitu Aras 4 (RM25), Aras 3 (RM35), dan Arena (RM55). Dan, untuk pengetahuan korang pautan penjualan tiket ini akan dibuka bermula pada 7 Januari 2019 hingga 2 Februari 2019. Para peminat AJL33 juga boleh tukarkan e-tiket kepada tiket rekaan edisi terhad di kaunter tiket Stadium Axiata nanti!

 
 
 
View this post on Instagram

Pasti ramai yang dah tak sabar ! Nah admin belanja teaser sikit ? korang rasa apa tema #AJL33 tahun ni ? Haa cer teka .. #roadtoAJL33

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 May 2024
Hiburan Mon, 2 Apr 2018

One Republic Live In Malaysia, Peminat Berpeluang Beraksi Di Atas Pentas Mereka?

Berita baik buat peminat Kumpulan One Republic! Sempena konsert One Republic Live in Malaysia pada 25 April nanti, Pihak WGW Entertainment telah menganjurkan satu pertandingan nyanyian bagi mencari bakat baharu. Dan, pertandingan ini bakal dirasmikan […]

Hiburan Mon, 11 Nov 2019

Naim Daniel Kena Marah?

Siapa ‘sekolah’kan Naim Daniel?

Hiburan Fri, 8 Nov 2019
Featured Wed, 2 Nov 2022

“Kalau Aku Kat Tempat Dia, Aku Dah Menangis…” – Mangsa Kemalangan Santai Bergambar Biarpun Myvi Terbalik

Seorang pemuda yang mengalami kemalangan raya masih tersenyum dan sempat merakam gambar kenangan bersama kenderaannya yang terbalik. Menerusi perkongsian di akaun TikTok @syadad10, kejadian didakwa berlaku di selekoh tajam berhampiran dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), […]

#tilljannah Mon, 29 Aug 2022
Hiburan Fri, 4 Oct 2019

Abby Abadi Kongsi Nama Penuh ‘Baby D’

Umum tahu kisah bayi pramatang pelakon Abby Abadi dan suaminya Faizal Zakaria yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selepas terpaksa dilahirkan melalui pembedahan, semasa kandungannya baru berusia 6 bulan. Baca: Abby Abadi Selamat Lahirkan […]