Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain January 15, 2023 @ 11:15am

Darah Manis! Bakal Dirisik, Zarina Anjoulie Kongsi Momen Shopping Cincin Kahwin

Pelakon Zarina Anjoulie tampil berkongsi momen dirinya membeli cincin perkahwinan bersama kedua ibu bapanya dan bakal suaminya, Datuk Seri Kazrul.

Menerusi perkongsian di TikTok, Zarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju kelihatan sangat berseri dan teruja sewaktu memilih cincin bersama bakal suaminya.

Malah, aktres itu juga sempat menghadiahkan sebentuk gelang emas buat ibunya, Norzaini Abdul Hamid.

Thank u bakal suami ku @elzeyanjoulie moga allah sentiasa murahkan rezeki you and panjangkan umur you. I love u so much ❤️

@zarinaanjoulie_elzey thank u bakal suami ku @*elzeyanjoulie* ♬ original sound – Zarina anjoulie

Baru sahaja mengumumkan dirinya bakal menamatkan zaman solonya bulan lalu, Anju juga dikhabarkan bakal dirisik oleh pihak Khazrul atau lebih mesra disapa sebagai Elzey, Sabtu ini.

Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh Elzey sendiri menerusi sebuah perkongsian di TikToknya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Tahniah Datin Anju!” – Zarina Anjoulie Kongsi Momen Tempah Baju Kahwin, Ramai Peminat Teruja!

@abot_anjoulie #fyp #zarinaanjoulie ♬ Jaga Slalu Hatimu – Seventeen

Setakat ini, Anju dan Elzey masih lagi belum berkongsi tarikh perkahwinan mereka yang bakal diadakan nanti.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya teruja menantikan hari bahagia pelakon itu, malah mereka turut mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 Mar 2019
Hiburan Tue, 24 Jul 2018

八度空间稳坐收视第一中文电视频道

八度空间一直为观众提供最创新、最优质电视节目,今天八度空间再度捎来好消息,在2018年的上半年再度创下全马无线电视与收费电视收视总冠军,稳坐收视第一中文电视频道!

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

Siti Elizad Selamat Jalani Pembedahan

Sebelum ini Siti Eklizad juga pernah menjalani pembedahan membuang cyst seberat 4 kilogram

Trending Tue, 27 Oct 2020

Akad Nikah Di KL, Putrajaya Dibenarkan Mulai Hari Ini

Buat mereka yang di zon hijau dan kuning je tau!

Kisah Viral Wed, 14 Feb 2024

“Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya”- Puteri Sarah

Haa, jangan main-main dengan Puteri Sarah🔥🔥🔥

error: Content is protected !!