Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 18, 2024 @ 4:26pm

Nafi Jadi ‘Anak Ikan’ Ditaja ‘Sugar Mommy’, Fikry Kiki Buat Bisnes Kopi Guna Duit Sendiri – “Saya Keluarkan Sebahagian Besar Modal RM600,000!”

Bintang kanak-kanak yang kini menginjak remaja, Fikry Kiki, 20, menyangkal dakwaan sesetengah netizen yang menuduh dia dibela ‘sugar mummy’ untuk menjalankan bisnes kopi.

Mengusahakan perniagaan kopi tanpa bancuh berbentuk cecair jenama Liquffe (Liquid Coffee), Fikry atau nama sebenarnya Muhammad Fikry Izzudin Mohd Fuad mengaku dia menerima banyak mesej yang menuduh kononnya dia menjadi ‘anak ikan’ kepada pempengaruh seksi, Bulan.

“Saya bukan anak ikan! Saya sudah berlakon sejak umur lima tahun, namun saya tak nafikan, mungkin tawaran lakonan yang saya dapat tidaklah sehebat pelakon-pelakon kanak-kanak lain.

“Namun, itu bukan alasan untuk saya ‘menjual’ diri saya jadi ‘anak ikan’ atau dibela sesiapa dengan tujuan untuk hidup kaya. Tidak sama sekali. Saya masih ingat dosa pahala. Arwah ayah dan ibu saya didik saya dari kecil untuk berusaha sendiri dalam mencapai apa yang diinginkan.

“Jauh sekali rela ‘jual’ tubuh untuk kepuasan ‘sugar mummy’ atau sesiapa. Memang minta dijauhi,” katanya.

Fikry ditemui pada Sidang Media Pelancaran Liquffe, di Semenyih, Selangor, pada Rabu.

Pelakon, penyanyi dan pengacara remaja kelahiran Bintang Kecil dan Ceria Popstar ini mendedahkan akhir-akhir ini, ada yang mempertikaikan bisnes yang diusahakannya dengan modal RM600,000 ditaja oleh seorang ‘sugar mummy’ yang juga pempengaruh media sosial, Bulan.

“Dia bukan ‘sugar mummy’ saya. Sebahagian besar modal bisnes RM600,000 adalah usaha saya sendiri. Bulan adalah rakan kongsi saya yang saya sudah anggap seperti kakak. Sebagai seorang influencer yang berpengalaman dalam bisnes, rasanya tak salah untuk saya belajar daripadanya.

“Awalnya, dia ada berkongsi kepada saya tentang produk kopi tanpa bancuh iaitu Liquffe yang sedang kami usahakan sekarang. Pada asalnya, dia meminta pendapat saya, mahu mengeluarkan produk yang pertama di Malaysia itu. Apabila saya cuba produk itu selama beberapa bulan, memang sedap dan yakin boleh pergi jauh.

“Jadi, dari situlah bermulanya kami jadi rakan bisnes dan duit RM600,000 itu adalah modal kami bersama. Lagi pun, saya tak tahu sampai bila bertahan dalam industri seni. Tidak timbul soal dia menaja saya atau saya jadi ‘anak ikan’ dia. Kami memang sudah lama berkawan. Saya harap netizen yang menyindir saya di Instagram itu, henti-hentikanlah.

“Ada yang mempertikaikan di mana saya dapat duit atau modal tersebut, itu adalah hasil simpanan saya sendiri bekerja sejak kecil,” ujarnya.

Manakala pempengaruh sensasi, Bulan atau nama sebenarnya Mabel Ira Bulan,27, mengaku bersimpati dengan tuduhan yang dilemparkan kepada Fikry Kiki.

“Bagi saya, tuduhan sebegitu tidak sepatutnya berlaku. Sebab niat kami baik, usahakan bisnes ini dalam masa yang sama membantu masyarakat untuk menjana pendapatan.

“Sepatutnya, masyarakat atau netizen sokong anak muda seperti kami yang berusaha untuk memajukan diri. Bukannya tuduh yang bukan-bukan.

“Saya selesa berkawan dengan Kiki. Dia pun ada potensi untuk jadi usahawan berjaya cuma perlukan masa. Saya pun masih dalam proses belajar.

“Jadi kami saling membantu dan sering berkongsi idea untuk memajukan Liquffe yang saya lihat boleh pergi jauh. Kopi tanpa bancuh yang pertama di Malaysia,” katanya yang menegaskan modal RM600,000 adalah perkongsiannya dengan Fikry Kiki.

Berkongsi tentang Liquffe, Bulan berkata, ejen tidak perlu perlu risau kerana kopi cecair ini menggunakan bahan organik dan berasaskan tumbuhan serta mengandungi nektar atau gula kelapa yang bagus untuk kesihatan.

“Penyelidikan telah dilakukan selama tiga bulan. Dalam tempoh tersebut banyak berlaku penolakan kerana mahukan rasa kopi yang terbaik yang tidak menggunakan gula putih sebaliknya nektar kelapa.

“Kalau nak tahu, nektar kelapa ini mempunyai nutrisi yang tinggi seperti menstabilkan paras gula dalam darah, membantu melawan keradangan, membantu meningkat metabolisme, bagus untuk kesihatan usus dan banyak lagi,” ujarnya.

Bulan juga meluahkan rasa syukurnya apabila impiannya untuk muncul dengan produk yang bagus dan bermanfaat kepada masyarakat akhirnya tercapai.

Selain membantu masyarakat menjana pendapatan, Bulan akui mahu sentiasa berbakti kepada masyarakat seperti menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia.

“Insya Allah, ini adalah sesuatu yang baharu buat saya. Melalui kerjasama ini, untuk permulaan saya membeli 100 naskhah Al Quran Braille daripada pertubuhan ini untuk disumbangkan kepada persatuan orang buta yang lain.

“Bagi saya, Al Quran ini sangat penting kerana hidup kita lebih teratur dan terurus selagi kita berpaut dengannya, selain ia merupakan mukjizat paling agung,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, pembeli Liquffe berpeluang untuk merebut hadiah cabutan bertuah yang menawarkan hadiah seperti Motosikal Honda RS-X, pelbagai peralatan eletrik rumah dan gajet.

Sesiapa yang ingin membeli dan menjadi ejen boleh rujuk TikTok Liquffe Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 Dec 2025

“Kalau Anda Dapatkan Nasihat Daripada Coach Cerai, Nasihatnya Pun Akan Menjurus Kepada Perceraian” – Raja Ilya

Kata Ilya, dia mengingatkan pasangan suami isteri agar lebih berhati-hati dalam mendapatkan nasihat berkaitan rumah tangga.

Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Uji Rashid Baru Kenal Siapa ‘Makcik Bawang’!

Pelantun lagu ‘Semakin Hari Semakin Rindu’ ini memohon netizen termasuk jiran tetangga memberikannya sedikit ruang privasi.

#LaguXTRA Thu, 7 Sep 2023
Featured Fri, 28 Mar 2025

Tekad Perlahankan Kerjaya Seni, Awie Bakal Teliti Vokalis Baharu… Rancang Konsert Menuju 4 Dekad Wings

Awie memberi tumpuan kepada perniagaan serta meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

‘Doakan Anak Saya’- Anak Daus Drama Band Kini Di ICU

Pemain bass kumpulan Drama Band, Daus memohon orang ramai mendoakan kesihatan anak keduanya, Nurul Adni Nuha yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang.

Hiburan Fri, 10 Dec 2021

Roh Diangkat Sebagai Filem Terbaik, Sangkar Raih 5 Trofi – Ini Senarai Penuh Pemenang Festival Filem Malaysia 31

Acara kemuncak industri filem Malaysia, Festival Filem Malaysia (FFM) ke-31 diadakan sebentar dengan konsep norma baharu dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Berlangsung di Dewan Plenary, Pusat […]

Hiburan Thu, 2 Feb 2023

Berat Badan Naik 10 Kg, Netizen Usik Watie Makin Bahagia – “Nak Salahkan Siapa Sebenarnya Ni?”

Orang kata kalau tengah bahagia ni badan akan berisi sikit 🤪🤪🤪 Sedang angau dilamun cinta la katakannn 🤪🤪

Trending Fri, 30 Mar 2018

Bakal Pengantin Sempat Pergi Menyamun!

Bagaimanapun, peguam Ishak Kari yang mewakili tertuduh merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan tertuduh yang bekerja sebagai pemandu lori akan melangsungkan perkahwinannya bulan depan dan semua persiapan telah dibuat.

error: Content is protected !!