‘Dari ‘Jantan’, Sekarang Manja’- Janna Nick Mengaku Berubah Selepas Berpunya

Selepas mempunyai teman lelaki, pelakon Janna Nick mengaku sedar mengalami perubahan dalam dirinya.

Akui Janna, kekasihnya, Dini Azan Schatzmann merupakan lelaki yang bertolak ansur dalam perhubungan mereka.

“Banyak sangat perubahan berlaku kepada saya tahun ini. Daripada seorang wanita yang kasar dan ‘jantan’, sekarang lebih feminin dan manja, tapi dengan Dini sajalah. Kalau dengan orang lain, saya masih sama iaitu suka gelak kuat.

“Apa boleh dikatakan mengenai Dini, dia orang yang paling banyak bertolak ansur, sabar, paling lembut dan positif. Untuk lelaki di luar sana, jangan ingat perempuan kasar tidak pandai nak hormat pasangan. Kalau lembut layanan diberi, maka lembutlah dia,” katanya.

Menerusi sebuah entri yang dimuatnaik di Instagram Janna, pelakon Leftenan Zana itu memanggil kekasihnya itu dengan panggilan ‘baby’ manakala Dini memanggi Janna ‘sayang’.

Pada permulaan video itu, Janna meluahkan rasa cinta dan dibalas Dini.

Terdahulu, Janna mengesahkan secara eksklusif dengan Harian Metro dia dan Dini sedang menjalin hubungan cinta.

SGMS Faida