Categories: Hiburan

DATO’ALIFF SYUKRI MAKIN KAYA!

Wahhhh! Sekarang Dato Aliff Syukri makin kaya lah nampaknya?? Mana tak nya, selepas kejayaan mengeluarkan produk-produk kosmetik D’Herbs, kali ini Dato Aliff Syukri terlajak laris muncul dengan koleksi tudungnya sendiri. Aliff By Sha merupakan tudung satin ekslusif yang didedikasikan untuk isteri tercintanya, Datin Nur Shahida Mohd Rashid.

Apa yang menariknya tentang tudung abang terlajak laris ni? corak tudung bawal satin keluaran Aliff By Sha dicipta dan dilukis sendiri oleh Dato Aliff Syukri. Malah, tudung keluarannya ini juga anti-pekak,anti-panas dan anti-kedut sesuai dengan cuaca panas di negara kita. Justeru itu, tidak hairanlah jenama tudung Aliff By Sha ini mendapat pengiktirafan Satin Terbaik dan Cetakan Terbaik 2017 dalam Anugerah Pesona Hijab Jelita.

Sebanyak 15 rekaan tudung yang menawan telah dilancarkan bersempena dengan usahasama antara Alif By Sha dan juga GoHalal baru-baru ini.Bersesuaian dengan platform GoHalal, Aliff By Sha kini mampu dimiliki dengan hanya membeli atas talian.


Setiap tudung satin keluaran Aliff By Sha ini hanya terhad untuk beberapa helai sahaja. Jadi, ianya sangat sesuai untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi, ataupun ole ole untuk yang tersayang.

Salma Syahbuddin