Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 2, 2023 @ 9:45am

Datuk Hattan Enggan Ulas Isu ‘Biadap’ & Permohonan Maaf, Penerbit Dakwa Ada Bukti -” Dia Memilih Untuk Kurang Beradab Hanya Kerana…”

Sejak kebelakangan ini kontroversi melibatkan penyanyi popular, Datuk Hattan, 58, masih hangat diperkatakan selepas usaha untuk mendapatkan komen dari penyanyi itu mengenai isu menempelak pembaca berita di sebuah stesen televisyen berbayar, Nursyazwani Saiful Sham masih gagal.

Bagaimanapun, Hattan atau nama penuhnya Mohd Shukri Shahabudin ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Sri Satria, Putrajaya pada Ahad, enggan mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan.

Malah, dia juga tiada sebarang komen mengenai desakan orang ramai agar membuat permohonan maaf secara terbuka walaupun sedar dia kini menerima kecaman hebat dalam kalangan warganet.

“Tiada komen,” katanya ringkas.

Sebelum ini, teman rapat Hattan, Salimey Abu Bakar ada memkalumkan menerusi hantarannya di TikTok, bahawa penyanyi itu tidak mengetahui ia adalah temubual secara langsung.

“Saya terus hubungi Datuk Hattan dan bertanyakan situasi sebenar. Soalan pertama yang saya ajukan, Datuk tahu ke yang panggilan tadi ‘live’?    

“Jawapan yang diberikannya, apa live? Aku tak tahu, katanya. Saya tanya lagi, biar betul Datuk tak tahu? Tak tahu, aku tengah baring mereka ‘call’ tanya soalan, aku jawab la macam biasa.

“Kalau kita pun dalam situasi begini mungkin kita pun jawab macam sembang biasa kawan-kawan.

“Jadi, tidak adil satu kesalahan terus dilemparkan kepada artis seperti Datuk  Hattan saja kerana beliau tidak minta ditemubual dalam siaran berita terbabit. 

“Sebaliknya penerbit berita berkenaan harus bersedia dengan soalan-soalan dan jawapan untuk diberi pada panel dan pembaca berita pada masa terbabit,” jelasnya.

Terbaharu, Penerbit Eksekutif siaran atau program berita terbabit, Ibrahim Sani menerusi ciapannya di Twitter mengesahkan, pihaknya memiliki bukti bahawa Hattan telahpun diberi keterangan daripada pihak mereka sebelum bersiaran langsung.

“Tidak tahu mana satu lagi teruk. Sama ada dia (Hattan) mengatakan beliau tidak diberi ringkasan (briefing) yang temu bual untuk siaran langsung (kami ada bukti dia diberi briefing sebelum live).

“Atau fakta bahawa dia memilih untuk biadab hanya kalau program dirakam (pre-recorded) dan akan bersikap sopan kalau program untuk siaran langsung,” ciapnya.

Dalam perkembangan lain, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Farah Marshita Abdul Patah meminta tindakan memalukan petugas media sama ada oleh orang luar, artis, ahli politik mahupun menteri harus dihentikan dengan segera.

Dan, menggesa agar Hattan membuat permohonan maaf secara terbuka susulan sikap tidak profesional dan respon balas berbaur hinaan ketika ditemubual penyampai berkenaan.

Terdahulu, isu ini mula mendapat perhatian apabila Hattan menempelak pembaca berita terbabit yang dikatakan tidak membuat kajian sebelum bertanyakan soalan susulan pemergian vokalis kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael yang menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor akibat sesak nafas  pada 27 April lalu.

 

Sumber: Berita Harian, Harian Metro, Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Dec 2022

[VIDEO] Adegan Mesra Aliff Aziz & Sophia Albarakbah Buat Netizen Risau

Sweetnya! Berlakon saja tapi ada yang risau Bella jeles nanti

Featured Thu, 27 Oct 2022

[VIDEO] “Mirul Bg Tanda SOS Tu” – Mata Berkelip Laju, Gelagat Suami Ain Edruce Cuit Hati Ramai!

Sukanya min tengok pasangan bahagia ni! Terhibur tengok gelagat suami Ain Edruce, laju kelip mata tu.. Minta tolong ke? 🤣

Hiburan Wed, 28 Jun 2023

Heboh Berita Telah Meninggal Dunia, Farahdhiya Mohon Berhenti Permainkan Isu Kematian

Allahuakbar, terkejut min! Dah jadi trend ke sekarang ni 🥵

Hiburan Sat, 24 Nov 2018

Nafi Bercinta Dengan Businessman, Zahirah Mcwilson Suka Lelaki Tinggi Lampai

Sesuailah kalau Zahirah nak cari lelaki tinggi lampai, baru berdiri sama tinggi, duduk sama rendah

Featured Thu, 13 Oct 2022
Hiburan Thu, 12 May 2022

Iedil Dzuhrie Alaudin Seronok Boleh Tukar Angin, Tidak Rasa Terbeban Ulang Alik Jakarta – Kuala Lumpur

Iedil tidak rasa terbeban ulang alik Jakarta – Kuala Lumpur, malah rasa lebih seronok boleh tukar angin.

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Bapa Tiri Jutawan Bukan ‘Lesen’ Nak Hidup Mewah

Tidak bermakna saya boleh menggunakan kesempatan atas kekayaan Daddy untuk kepentingan sendiri. 

Trending Mon, 16 Dec 2019

Semata Nak Kaut Untung, Bapa Sewa Anak Pada Pedofil

seorang bapa sanggup menyewakan anak perempuannya kepada hampir 30 orang lelaki pedofil

error: Content is protected !!