Hiburan By: Khairil Khusyairi April 23, 2024 @ 1:35pm

“Bukan Setiap Hari Saya Buat Baju Baharu, Nak ‘Look Good’ Kena Lah ‘Invest’ Sikit” – Dayang Nurfaizah 

Penyanyi bervokal mantap, Dayang Nurfaizah menyifatkan kualiti sangat penting dalam setiap persembahannya lebih-lebih lagi soal penampilan di atas pentas.

Bercakap kepada XTRA, Dayang atau nama sebenarnya, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 42, berkata, sekiranya seorang selebriti itu mahu penampilannya kelihatan bagus di mata khalayak, maka perlu ‘keluar wang’ sedikit.

“Saya rasa jika kita mahu ‘look good’ jadi kena ‘invest’ lah sikit. Sebab kualiti itu penting bagi saya.

“Bukannya setiap hari saya buat baju baharu, bila ada acara yang besar, saya akan ‘spent’ dan ‘invest’ tapi yang berpatutan.

“Kalau perasaan, kadang-kadang saya pakai semula baju yang saya pernah pakai sebelum ini,” kongsinya kepada XTRA.

Dayang Nurfaizah

Dalam pada itu, pelantun lagu Hakikat Cinta itu turut mengakui dia juga sering menyarung semula busana yang pernah dipakainya dan tiada masalah dengan perkara itu.

“Kalau you dah bayar, pakai sahaja berulang kali.

“Saya selalu pakai berulang kali, sebagai contoh baju pada konsert kemudian saya tunggu lama sikit saya pakai sekali lagi sebab baju itu memang kita dah bayar.

“Saya tak tahu bagi yang lain, tapi bagi saya selagi saya boleh pakai, saya pakai sahaja, mungkin boleh tukar gaya.

“Saya faham, ada artis suka pakai sekali sahaja kemudian simpan, itu terpulang kepada masing-masing,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Juara Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) kini sedang sibuk menyiapkan album terbaharunya yang sudah tertangguh lama.

Dayang Nurfaizah juga bakal beraksi di Konsert By Ajai & Mega Friends di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 3 Ogos depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Luah Rasa Bimbang Prestasi Vokal Kurang Memuaskan, Dayang Nurfaizah Perjelas Tiada Masalah… Dah Jumpa Pakar

ARTIKEL BERKAITAN: Dayang Nurfaizah Mohon Henti Spekulasi Sakit – “Saya Sihat Saja”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Buat Kejutan Di Majlis Shuib & Watie, Penampilan Dayang Nurfaizah Buat Netizen Terpukau! – “Beauty Inside Out”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ready’ Untuk Kahwin, Dayang Nurfaizah Mohon Doa Yang Terbaik – “Cakap Soal Jodoh Ni Susah, Kadang Dia Ada Depan Mata”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 18 Jun 2021

Parlimen Laksana WFH Hingga 28 Jun

Parlimen Malaysia akan melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bermula 15 hingga 28 Jun 2021. Perkara itu dimaklumkan menerusi satu pengumuman dalam ciapan twitter Parlimen Malaysia pada Jumaat. BDR yang dilaksanakan selaras dengan pelanjutan tempoh […]

Hiburan Wed, 26 Jun 2019

Akaun IG Johan As’ari ‘Hilang’

Siapa punya kerja lah godam akaun IG Johan ni?

Trending Tue, 21 Jul 2020
Hiburan Fri, 31 Aug 2018

Tahniah! Zizie Ezette Hamil Lagi

steri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkongsi berita gembira ini di laman Instagramnya, hari ini.

Hiburan Sat, 11 Aug 2018

Naik Angin Di Twitter, Pelakon Filem Pulang Minta Maaf

Individu berkenaan tiba-tiba menyentuh mengenai otot (biceps) dan jambang yang jelas tidak ada kaitan dengan lakonan saya dalam filem Pulang. Hurm… siapa yang tak naik angin kan?