Hiburan By: Padin February 15, 2023 @ 2:52pm

Dayang Nurfaizah Terbang Ke Budapest Demi Belagu II

Dengan harapan Belagu II akan menawarkan pengalaman muzik penuh keunikan, penyanyi Dayang Nurfaizah terbang ke Budapest, Hungary pada September 2022 untuk merakamkan kesemua muzik bersama Budapest Scoring Orchestra (BSO).

Secara kebetulan, di saat album Belagu diiktiraf pencapaiannya di Anugerah Industri Muzik 23, Dayang juga sedang berada di Budapest menyaksikan sendiri momen keemasan lagu-lagu klasik Melayu Belagu II dimain dan dirakamkan oleh oleh ramai pemuzik di bawah naungan maestro muzik Péter Illényi dan ia dilangsungkan di Rottenbiller Hall, salah satu studio ikonik di Budapest.

“Saya gembira dapat bekerja dengan BSO untuk satu persembahan orkestra yang sangat cemerlang untuk lagu-lagu klasik Melayu, skil dan teknik yang tiada tolok bandingnya.

“Saya sangat teruja untuk berkongsi Belagu II dengan semua di luar sana. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua di BSO yang mencurahkan bakat dan pengalaman mereka sepenuh hati untuk projek ini,” kata Dayang.

Belagu II adalah sebuah album dengan sembilan lagu dan diterbitkan sendiri oleh syarikat milik Dayang, DN & AD Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Digital dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia.

Penyanyi yang berasal dari Kuching, Sarawak ini mempunyai matlamat untuk memperkenalkan dan merapatkan generasi baharu dengan lagu-lagu klasik Melayu.

“Demi memastikan objektif ini terlaksana adalah penting untuk kualiti muzik yang dihasilkan seiring dengan kehendak dan selera pendengar hari ini. Atas penerimaan Belagu yang sangat positif, saya dan pasukan kerja sedar bahawa kami perlu lakukan sesuatu yang lebih besar untuk sajian kepada penggemar muzik.

“Impian ini diterjemahkan menerusi Belagu II, satu produksi muzik yang sangat tinggi cita-cita dan harapan yang mahu membawa satu pengalaman menikmati muzik yang lebih mengasyikan.

“Sebagai hadiah buat peminat, album ini juga disempurnakan dengan satu lagu baharu, Rindu Menyapa dicipta oleh Aubrey Suwito dan lirik dihasilkan oleh Datuk Habsah Hassan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Mar 2019

Tahniah Fizi Ali Dah Bergelar Bapa!

Alhamdulillah…Tahniah Fizi & Shakilla!

Featured Fri, 25 Nov 2022
Featured Tue, 6 Dec 2022

Aksi Dua Jejaka Genggam Tangan Di Masjidil Haram Raih Perhatian – “Bila Takut Terpisah Dengan Sahabat”

Pempengaruh, Kimi Keon dan sahabatnya Zafir Karipap tular di media sosial kerana aksi mereka berpegangan tangan semasa mengerjakan ibadah Umrah. @kimikeonjadikanlah kami semua ini sahabat dunia akhirat ya Allah 🥹❤️ ♬ bunyi asal – a.jamil85

Hiburan Wed, 11 Jul 2018

计春华57岁病逝!

中国著名武术影视演员计春华11日上午惊传病逝,享年57岁,震惊中港台演艺圈!

Events Fri, 25 Mar 2022
Hiburan Sat, 27 Jan 2018

KENAPA GADIS BIKINI PUNCA LAGU DROP DAPAT SAMBUTAN HANGAT?

Muzik video yang diarahkan oleh Shimy Julaini itu telah menerima lebih 1.3 juta tontonan dilaman Youtube sejak ianya dimuat naik pada 23 November 2017

Hiburan Thu, 23 Jan 2020
Hiburan Mon, 6 Jan 2020
Hiburan Fri, 3 Jan 2020

| Live TV