Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 12, 2024 @ 12:50pm

Isu Tumbuk Pipi, Nurul Shuhada Tarik Semula Kes Terhadap Hafidz Roshdi

Susulan kontroversi membabitkan insiden menumbuk pipi bekas isterinya, Pelakon Hafidz Roshdi bersyukur apabila Nurul Shuhada menarik semula kes tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, Nurul Shuhada Mat Shukri menarik balik kes menumbuk pipi kiri sebanyak tiga kali yang didakwa dilakukan Hafidz pada 13 Mac lalu.

Menyifatkan ini adalah berita gembira untuknya, aktor itu berharap dapat menjelaskan kepada orang ramai bahawa mereka kini sudah berdamai.

“Saya rasa ini berita yang sangat gembira untuk saya. Saya harap ini membuka mata kepada orang-orang di luar sana, bahawa kami sudah berdamai. Tak ada konfrontasi dan sebagainya.

“Alhamdulillah, saya rasa sangat berpuas hati. Terima kasih banyak-banyak. Tentunya rasa gembira, rasa bersyukur. Selama ini memang dah tenang, hari ini lagi tenang,” katanya kepada pemberita.

Mengulas lanjut, Hafidz menjelaskan bahawa keputusan yang dibuat Shuhada tidak ada sebarang unsur provokasi memandangkan mereka sudah bersetuju untuk berdamai secara baik.

“ Tiada sebarang provokasi yang berlaku. Memang kami bersetuju untuk berdamai semuanya secara baik,” jelasnya.

Bagaimanapun, difahamkan Shuhada tidak hadir ke mahkamah untuk prosiding kerana kurang sihat dan hanya diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Asmah Che Wan.

Hakim yang bertindak sebagai Majistret, Siti Fatimah Talib kemudian menetapkan 2 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Feb 2025
Trending Sat, 12 Jun 2021

Rapper Malaysia, Indonesia & Singapura Bergabung Dalam ‘Orang Lain’

Penyanyi rap Indonesia, A. Nayaka muncul berkolaborasi dengan rapper Malaysia, SonaOne dan rapper Singapura, YHB Sleepsalot dalam single baru yang berjudul Orang Lain. Bercerita mengenai kerjasama tiga negara itu, Nayaka mendedahkan yang kisah sebalik penyatuan […]

Trending Thu, 23 May 2019

爱做家事的男人超威!智商比较高、身体也较健康

男人赶快动起来呀!别再把家事都丢给老婆做,因为男人懂得做家事,在各方面来看都是好处多多……

Hiburan Fri, 30 Aug 2019

国庆感受「冰」乐趣!全民同庆国庆及马来西亚日

为庆祝我国独立62周年,全球最大的连锁冰淇淋专卖店要让你在这两个月天天「揪团」吃冰淇淋!

Featured Tue, 17 Jun 2025

[VIDEO] Fahrin Ahmad Sebak, Terkilan Tak Dapat Peluk Arwah Bapa Buat Kali Terakhir – “Tunjuklah Kasih Sayang! Ambil Gambar Banyak-Banyak & Peluk Mereka”

Fahrin Ahmad gagal menahan sebak apabila berkongsi pengalamannya ketika menerima berita pemergian ayahanda tercinta pada 23 Mei lalu.

Hiburan Mon, 4 Mar 2019
Hiburan Sat, 30 Mar 2019

Mahu Ulang Kejayaan ‘Satu Peluang’, Andi Bernadee Tampil Dengan ‘Donde’

Single “Donde” terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 29 MAC 2019.

error: Content is protected !!