Categories: Hiburan

Demi Emma Sanggup Hiking Untuk Sambut Hari Jadi

Emma Maembong pernah mempunyai hubungan percintaan dengan pelakon kacak Kamal Adli. Namun mereka telah pun berpisah beberapa bulan yang lalu atas faktor yang pernah dijelaskan oleh mereka sebelum ini.

Terbaru, peminat pasangan ini berharap agar mereka mempunyai jodoh bersama setelah Emma berkongsi kejutan yang dibuat oleh Kamal Adli buat dirinya bersempena hari lahir Emma yang jatuh pada 27 Mac yang lalu.

Dalam posting terbabit, Emma nampaknya berterima kasih atas usaha Kamal dalam menyediakan kejutan tersebut dan mengakui belum pernah menerima kejutan semanis itu dari orang lain.

Dalam pada itu, peminat menzahirkan rasa kekeliruan tentang siapa sebenarnya yang menjadi pilihan pelakon manis ini namun mereka menyerahkan kepada Emma untuk membuat keputusan berkaitan perkara itu.

Credit: EmmaMaembong

SGMS Enal