Demi “Gumiho”, Lee Dong Wook Cabar Diri Mainkan Watak Wanita!

Siapa peminat tegar K-drama mesti tidak pernah ketinggalan tentang berita artis kegemaran korang bukan? 

Terbaharu, aktor kacak Korea Selatan, Lee Dong Wook buat pertama kalinya bersetuju untuk membintangi watak sebagai seorang wanita melalui sebuah drama baru TvN bertajuk ‘Tale of Gumiho”. Wow, luar biasa!

 

Sumber: www.koreaboo.com.my

Drama ini merupakan drama bersiri kedua lakonan Lee Dong Wook pada tahun ini selepas membawakan watak sebagai seorang pembunuh psikopath menerusi drama “OCN Stranger”.

“Tale Of Gumiho” mengisahkan Lee Dong Wook sebagai makhluk musang berekor sembilan yang telah hidup beribu-ribu tahun. Kemudiannya, dia bertukar sebagai wanita cantik yang menggoda lelaki sehingga digelar “Gumiho” yang sangat sinonim dengan wanita.

Gumiho ditugaskan untuk membasmi orang luar yang mengganggu ketenteraman dunia dengan menyorok di sebalik identiti sebagai ‘hantu wanita’.

Haa, mesti korang tak sabar nak tengok macam mana agaknya Lee Dong Wook bawakan watak unik ni kan?

Bermula pertengahan tahun 2020, korang boleh lihat Lee Dong Wook menerusi kaca televisyen channel tvN okay!

So, stay tuned!

Syafiqa Irdina