Dengan Sekali Lafaz, Reen Rahim Selamat Bergelar Isteri

Dengan sekali lafaz, pelakon Reen Rahim atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, selamat bernikah dengan ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 28, pada jam 9.05 malam tadi.

Memetik laporan Harian Metro, Pasangan itu dinikahkan di sebuah premis acara di Putrajaya oleh bapa Reen, Abdul Rahim Abdul Kadir di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim.

Pihak lelaki memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.

Pada majlis itu, Reen menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta sedulang emas manakala pengantin lelaki memberi lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Memetik laporan Harian Metro, majlis akad nikah bertemakan putih itu dihadiri kira-kira 400 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Reen dan suami berkenalan sejak dua tahun lalu sebelum mengikat tali pertunangan pada 12 Ogos lalu.

Sumber: Harian Metro
Foto: Instagram Reen, The Lova

Padin