6ixth Sense Dedikasi Seteguh Karang Buat Mujahid Wahab – “Arwah Yang Menyatukan Kami…”

Penyanyi kumpulan yang menggabungkan pemuzik Malaysia dan Indonesia, 6ixth Sense kembali mengubat hati peminat yang merindui persembahan mereka di Konsert 6ixth Sense 7Belas di Panggung Asia, Gombak, pada Sabtu.

Tiket konsert yang habis dijual dalam masa 24 jam membuatkan mereka teruja untuk membawa 30 buah lagu buat pertama kalinya.

Selepas sesi kedua konsert tersebut, 6ixth Sense tampil membawa lagu Seteguh Karang yang didedikasikan buat Allahyarham Mujahid Wahab yang telah meninggal dunia pada 17 Jun tahun ini.

Menurut Adi, arwah merupakan orang yang bertanggungjawab menggabungkan mereka bersama dan menubuhkan kumpulan ini.

“Kami mahu dedikasi kan lagu Seteguh Karang buat orang yang telah menggabungkan kami semua iaitu Allahyarham Mujahid Wahab,” katanya.

Selain Adi, ahli kumpulan yang lain turut menyanyikan lagu tersebut dan suasana menjadi suram bagi menghormati pemergian arwah.

Pada masa sama, Adi juga memohon para penonton untuk sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham yang telah banyak berjasa buat mereka.

Kumpulan yang dianggotai oleh 6 pemuzik iaitu Adi sebagai vokalis, Gjie (pemain keyboard), Atan (gitaris), Wan (drummer), Ayoy (pemain bass) dan memperkenalkan Harry yang merupakan ahli baru sebagai gitaris.

Maya Basir