Categories: HiburanSelebriti

‘DEY DEY’ LAHIR SELEPAS ‘NEY NEY’

Dalam kesibukan  peminat Nora Danish melayangkan ucapan tahniah atas kelahiran ‘Ney Ne’y semalam, pelakon dan pengacara Sharifah Shahirah rupanya turut berkongsi tarikh sama ketika melahirkan bayi perempuannya.

Lebih mesra disapa Shiera, 42, isteri kepada pelakon Zulkifi Azahari atau Ijoy, 42, tidak mahu ketinggalan berkongsi detik kegembiraan menyambut ‘Dey Dey’ melalui Instagramnya sebaik sahaja keluar daripada bilik pembedahan, sama seperti Nora.

Amboi! Bayi lelaki Nora dipanggil Ney Ney, Shiera pula Dey Dey! Boleh lah mereka berkawan bila besar nanti ya tak?

Sebagaimana yang ditulisnya, Shiera dah agak akan melahirkan anak pada masa yang sama.

Kredit gambar: Instagram Shieraijoy.

“Yayy,  dah cakap I dengan Nora Danish memang sama u olls,”  tulis Shiera dalam Instagramnya.

Pada saat itu Shiera yang terkenal seorang yang periang sempat pula melontarkan ayat kelakar dengan berkata, “Hahahaa… nak jugak… gambar aku walau pun shower cap aku senget”.

Dia memuat naik gambarnya itu di  sebelah gambar Nora Danish dalam keadaan sama.

Melalui  perkahwinan bersama Ijoy, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Airell, 12, Airra, 9, dan Audrra, 7.

Di samping itu, Shiera  turut mempunyai seorang anak perempuan, Allisya, 18, hasil perkahwinan pertamanya sebelum ini dengan vokalis Black Dog Bone, Jatt.

SGMS Fas