Di Sebalik Kejayaan Konsert, Dress Hitam Aina Abdul Kena Kecam… Sampai Ada Tuduh ‘Pengikut Iluminati’

Kejayaan konsert A Night With Aina Abdul 2.0 yang diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Sabtu dan Ahad lalu ternyata mencuri perhatian ramai peminatnya.

Bukan sahaja dari segi kemantapan vokal malah, persalinan yang ditampilkan penyanyi bersuara lunak ini juga bagaikan magis dalam persembahannya.

Meskipun, ramai yang memuji dan ada yang mengakui ini adalah konsert terbaik yang pernah disaksikan oleh peminat, namun terdapat segelintir netizen yang kurang senang dengan busana yang diperagakan Aina pada malam tersebut.

Menerusi hantaran foto yang dimuat naik di Instagram miliknya, dress berwarna hitam yang dikatakan menggunakan lebih 150 rambut palsu itu terus mencetuskan kontroversi dan persoalan dalam kalangan netizen.

Sehingga ada yang melabel persalinan itu seperti dajjal dan menggelar Aina sebagai pengikut illuminati.

Biarpun dikritik, Aina tetap mendapat pujian kerana berani tampil dengan sesuatu yang baru. Bahkan, ada yang memuji dress hitam rekaan Melinda Looi itu sebagai sangat ‘brilliant’ sesuai dengan konsep Aina yang sentiasa tampil dengan fesyen yang unik di mata peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil Dengan Persalinan ‘Brilliant’, Aina Abdul Peragakan ‘Outfit’ Terdiri Dari Lebih 150 Rambut Palsu!

Sebelum ini, Aina pernah memaklumkan setiap busana yang dipakainya ketika konsert itu sudah pun mendapat persetujuan dari ibunya, dan beliau enggan mengambil pusing tentang komen negatif netizen.

 

 

Salma Syahbuddin