Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Featured By: Atiqah Johari January 25, 2023 @ 8:31pm

“Dia Berkurung Dalam Bilik & Berdiam Diri” – Bapa Sissy Imann

Bapa penyanyi Sissy Iman, Mohammad Kamil Mustaffa, 59, memaklumkan bahawa kini Sissy berkurung dalam bilik, mendiamkan diri dan hanya keluar apabila dipanggil untuk makan.

Memetik laporan Harian Metro, Kamil sebagai bapa mengakui dia berasa sedih melihat keadaan anak sebegitu, namun tetap berbangga dengan Sissy kerana dia telah melakukan yang terbaik.

“Melihat keadaannya, saya sedih tapi selama ini dia tetap sudah buat yang terbaik untuk membanggakan kami sekeluarga. Sissy ini seorang anak yang kuat, berdedikasi dan sangat komited dalam semua perkara yang dibuatnya,” ujar Kamil.

Malah, Kamil tidak menyangka ramai individu yang berhati mulia banyak memberi sokongan dan doa buat anaknya itu di ruangan komen.

“Berlinang air mata ini apabila membaca komen dan doa yang baik-baik diberikan sebagai tanda sokongan kepadanya. Saya dan keluarga akan terus di belakang Sissy untuk menjadi pemangkin semangat,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, Kamil juga menafikan tindakan Sissy yang mahu menjual album sulungnya seperti yang dimuat naik Sissy sebelum ini adalah sebuah gimik.

Sissy dikatakan ingin menjual album yang dirakam di Studio Abbey Road, London dan meletakkan harga bernilai RM20, malah Kamil juga terkejut dengan keputusan anaknya.

Jelasnya lagi, apa yang berlaku baru-baru ini memberi kesan yang besar kepada anaknya itu.

“Bagi Sissy, ia adalah pencapaian terbesar buat dirinya yang diimpikan selama ini, dengan kos pembikinan pula mencecah jumlah besar yang dikumpul dari hasil titik peluhnya. Sebagai bapa, semestinya saya sentiasa menyokong apa yang ingin lakukan anak-anak,” tuturnya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Sissy bersama sepupunya, Naim Daniel mempersembahkan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini dalam versi keroncong pada minggu keenam Famili Duo dan menerima kritikan pedas Mas Idayu.

Malam persaingan itu, Sissy dan Naim meraih tempat keenam dengan 48.7 markah.

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Jul 2023
Filem Thu, 16 Apr 2026

‘Susuk’ Antara Mitos Lama & Obsesi Moden, Rahsia Di Sebalik Seri

Susuk sering muncul sebagai simbol mistik yang dikaitkan dengan kecantikan dan pengaruh.

Hiburan Mon, 28 May 2018

Wow! Anak Teman Kajol Rasmi Patung Lilin

Ini merupakan pertama Kali, Nysa menemani ibunya ke acara rasmi seperti itu.

Featured Thu, 26 May 2022

Halusinasi Dipercayai Punca Remaja Tikam Ibu Sedang Tidur

Allahuakbar… ibu masih dalam keadaan sangat parah

Trending Mon, 29 Apr 2019

Di Mana ‘Salvator Mundi’? Misteri Kehilangan Potret Lukisan Paling Mahal Di Dunia

Di mana dan siapa sebenarnya pemilik potret lukisan termahal di dunia bernilai 450 juta?

Hiburan Fri, 11 Jul 2025

Midnight Fusic Umum Konsert Solo Pertama ‘Forevermore 2025’ di Zepp KL 14 September Ini

Selepas lebih sedekad menghiburkan peminat dengan karya terbaik, peminat tak sabar nantikan konsert Midnight Fusic!

error: Content is protected !!