‘Dia Memang Genius Orangnya’- Indah Ruhaila Puji Siapa Tu?

Penyanyi, Indah Ruhaila mengaku mula jatuh cinta sejak kali pertama mendengar lagu Pudar ciptaan Amylea Azizan.

Tambah Indah yang bakal membawakan lagu ini di pentas separuh akhir Muzik Muzik 34, lagu ini mempunyai kekuatan tersendiri.

“Secara peribadi, saya bersyukur lagu ini mendapat tempat di hati pendengar sehingga melayakkan lagu ini memasuki peringkat akhir MM34.

“Saya mengaku gementar kerana lihat persaingan yang tersenarai, semuanya hebat belaka,” katanya ketika ditemui di sidang media separuh akhir MM 34, baru-baru ini.

Katanya, lagu berkenaan adalah ciptaan sepenuhnya Amylea Azizan dan antara 30 karya layak bersaing merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu (AJL).

“Sebagai sahabat kepada Amylea, saya lihat dirinya seorang yang sangat genius tentang muzik. Saya juga berbesar hati dapat menyanyikan lagu ciptaanya,” katanya.

Terdahulu,  Indah pernah bergelar finalis AJL, iaitu pada edisi ke-29, menerusi lagu Percayalah ciptaan Aiman dan Mohd Atlas.

SGMS Faida