“Dia Suka Bergurau & Kacau Hidup Saya” – Didakwa Bergaduh Dengan Meerqeen, Ini Respons Anna Jobling

Baru-baru ini, timbul isu yang mendakwa pasangan pelakon kesayangan ramai, Anna Jobling dan Meerqeen berbalah.

Susulan itu, Anna Jobling tampil menjelaskan perkara sebenar bahawa dia dan Meerqeen masih berhubungan baik.

Memetik laporan BH Online, Anna menyatakan bahawa hubungannya dengan Meerqeen akrab seperti biasa.

“Setakat ini, saya tidak pernah bertelagah dengan Meerqeen. Kami rapat seperti biasa, memandangkan kembali digandingkan dalam drama Melur Untuk Firdaus musim kedua yang bakal ditayangkan, tidak lama lagi,” kata Anna.

Bukan itu sahaja, Anna turut menjelaskan dakwaan ini muncul apabila dia dan Meerqeen sedang melakukan siaran langsung (live) di TikTok.

“Saya rasa spekulasi ini timbul berpunca ketika sedang ‘live’ dalam aplikasi TikTok, baru-baru ini. Meerqeen ada mengganggu saya.

“Meerqeen suka bergurau dan sering mengacau hidup saya. Jadi, saya berlakon seperti garang, jadi mungkin dari situ, pengguna Twitter yang mengikuti siaran langsung salah faham dan menyangka saya tidak suka dikaitkan dengan Meeqeen.

“Bagi peminat mengenali saya, mereka tahu keakraban saya dan Meerqeen, selain kami selalu bergurau,” jelasnya kepada BH Online.

Artikel Berkaitan: Didakwa Berlagak, Terlalu Garang, & Tak Nak Dikaitkan Dengan Meerqeen, Anna Jobling Selar Individu Mulut Celupar – “Get A Life!”

Sumber: BH Online

Atiqah Johari